Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Monday, January 11, 2016

Drama Aku Pilih Kamu Bukan Drama Adaptasi Novel Tapi Olahan Kisah Benar | Samarinda TV3

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Aku Pilih Kamu Bukan Drama Adaptasi Novel Tapi Olahan Kisah Benar | Samarinda TV3 - Ramai pembaca blog cik akak menyangka drama Aku Pilih Kamu ini drama adaptasi novel. Untuk pengetahuan anda drama slot samarinda terbaru ini bukan drama adaptasi novel tapi drama yang berkisahkan olahan kisah benar.

"Untuk Aku Pilih Kamu saya akui 20 peratus perjalanan cerita di dalam skrip ini memang berlaku dan ia adalah pengalaman kawan-kawan dan orang sekeliling. Dari situ saya olah dan jadikan ia sebuah cerita," katanya kepada Zass.
Turut berpengalaman menulis skrip yang diolah dari novel, Rozie berkata, perbezaan antara skrip yang diolah dan skrip yang baru ditulis adalah kepuasan.
"Sebenarnya lagi seronok tulis skrip baharu kerana kita tak terikat berbanding olah skrip kerana kita kena ikut jalan cerita," katanya.
Menerima respons positif daripada penonton, Rozie berkata, dia berharap drama ini akan diterima dan penonton akan mengikuti hingga ke penghujung kisah Rizman dan Qasya.
"Saya memang harapkan yang terbaik. Yang baik dalam cerita ini kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan. Apa pun saya tak boleh puaskan semua penonton," katanya yang menulis bersama kumpulannya, TGRs Team.

Sumber - Olahan Kisah Benar Aku Pilih Kamu

Drama bersiri 16 episod ini bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Hanya 6 episod bakal melengkapkan kisah qasya dan rizman.

Saksikan Aku Pilih Kamu Episod 11 | Episod 12 

Aku Pilih Kamu Episod 13 | Episod 14

Aku Pilih Kamu Episod 15 | Episod 16 (Episod Akhir)

Sila TONTON FULL EPISOD AKU PILIH KAMU 《《SINI》》EPISOD 11| EPISOD 2 《AKU PILIH KAMU》

4 comments:

  1. cerita ni best..tapi kadang2 terlupa nak tengok

    ReplyDelete
  2. Tp bab dato bela anak kandung tan sri tu mcm coincidence yg agak melampau je hehe

    ReplyDelete
  3. citer ni memang byk pengajaran yg dpt kte perolehi.pendek kate citer ni mang best.xsabar nk tahu pengakhiran kisah rizman dan qasya.yg penting sye xpnh ttgal cter ni wlau 1 episod pn.👍👍

    ReplyDelete
  4. ini memang terbaik...Dan syaa tdk nak tau Ada yg akn brlaku pada malam ini...syaa mau rizman Dan qasya brbaik semula....

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN