Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Wednesday, December 2, 2015

Pokok Palma Pun Cik Akak Tak Kenal

♥ Assalamualaikum ♥

Pokok Palma Pun Cik Akak Tak Kenal - Rasanya korang pasti gelakkan cik akak kan. Spesis pokok palma pun cik akak tak kenal...Nasib baik cik akak masih kenal pokok kelapa..kalau tak memang kena masuk kelas prasekolah balik...hahaha

imeg google

Sejarah Pokok Palma
Arecaceae (kekadang dikenali sebagai Palmae, satu nama alternatif yang sah, atau sebagai Palmaceae yang merupakan nama tidak sah [1]) atau famili palma ialah satu famili pokok berbunga daripada Arecales, satu susunan monokotiledon.
Terdapat lebih kurang 202 genus yang kini dikenali, dengan lebih kurang 2,600 spesies. Kebanyakan daripada spesiesnya dihadkan ke kawasan iklim tropika dansubtropika. Di kalangan famili tumbuhan, Arecaceae merupakan famili yang paling mudah dikenal pasti oleh kebanyakan orang. Kebanyakan pokok palma dibezakan dengan daun-daun besar, malar hijau, dan majmuk yang diatur di atas batang yang tidak bercabang. Bagaimanapun, banyak pokok palma merupakan kekecualian kenyataan ini, dan pokok palma sebenarnya menunjukkan kepelbagaian yang meluas dari segi ciri fizikal. Selain daripada kepelbagaian morfologi, pokok palma juga hidup di hampir setiap habitat dalam jangkauannya, dari hutan hujan hingga ke gurun.
Pokok palma merupakan salah satu daripada pokok yang paling dikenali dan yang paling ditanam secara meluas. Pokok ini memainkan peranan yang penting untukmanusia dalam kebanyakan sejarah, bermula dengan Mesopotamia kuno. Banyak keluaran dan makanan biasa berasal daripada pokok palma, dan pokok palma juga digunakan secara meluas dalam seni taman disebabkan bentuknya yang eksotik dan oleh itu, telah menyebabkannya menjadi salah satu daripada tumbuhan yang penting dari segi ekonomi. Dalam banyak budaya sejarah, pokok palma merupakan lambang untuk gagasan seperti kemenangan, keamanan, dan kesuburan. Pada hari ini, pokok palma masih merupakan lambang sejagat yang popular untuk kawasan tropika dan percutian

Kenapa pula cik akak tertiba bercerita pasal pokok palma nie..hahaha...

Nie ah...sibuk cik akak komen blog rakan blogger...tertiba ada imej robot...gambar keluar pada imej robot tu suruh cik akak tick pokok palma..hahaha..then cik akak main bedal je tick...terus salah...hahaha...lantaklah...

Tak puas hati...google...terus jumpa....alah pokok palma nie...pokok hiasan rupanya..selalu tengok....memang kurang ilmu lah cik akak nie..hahaha..tak pe...janji lepas nie..cik akak kenal pokok palma....

Tu baru spesis pokok palma...belum lagi spesis ikan..hahaha..

Kalau emak mertua suruh beli ikan merah...ikan temenung yang cik akak beli...nasib badan lah kalau dapat menantu macam cik akak....spesis ikan...cik akak tak ambil kisah...asal dapat makan je..hahaha

Alahai pokok palma naik entri....hihi 

14 comments:

  1. ok qila pun baru kenal hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak sama spesis lah kita nie dik..hahaha

      Delete
  2. bagus kenal c a sebab nanti test pastikan bukan robot. Arah jalan kereta pula Etuza mulai keliru juga Cik Akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...lawak pula tak kenal pokok palma..hihi

      Delete
  3. Ni pasal nak confirm komen yer kena kenal pokok ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...robot punya hal...pokok palma pun cik akak tak kenal..haha

      Delete
  4. Salam singgah sini cik akak...sama lah cik akak..diana pun tak kenal pokok palma ni...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..lawak betul..hari2 tengok tepi jalan...pokok palma pun gagal nak kenal..haha

      Delete
  5. Replies
    1. lawaq betul cik akak kan.....
      ramai juga tak kenal pokok palma

      Delete
  6. hehehe.... jarang tgk live pokok palma ni kan.... mmg keliru sis.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah...asyik gitu je...palma lah sangat..sekali klik salah pula..hahaha

      Delete
  7. Dulu masa zaman sklh da bljr psl pokok palma ni..da betahun lupa hhaha

    ReplyDelete
  8. Dulu masa zaman sklh da bljr psl pokok palma ni..da betahun lupa hhaha

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN