Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Friday, December 11, 2015

Blogger!! Elakkan TYPO Dalam Penulisan

♥ Assalamualaikum ♥

Blogger!! Elakkan TYPO Dalam Penulisan - Amboi tajuk...sesaja je nak bagi blogger sentap. Maklumlah cik akak pun selalu je typo bila menulis entri. Bab typo dalam penulisan ini memang sukar dibendung kalau blogger malas menyemak balik setiap entri yang mereka terbitkan. Termasuklah cik akak....

Hasil carian imej untuk TYPO
imej google
Semahunya cik akak tak nak pun ada kesalahan ejaan dalam setiap entri yang cik akak taip. Mahu tak mahu...cik akak kena baca dua atau tiga kali sebelum atau selepas publish. 

Cara ini lebih mudah dah senang kalau blogger rajin. Setahu cik akak ramai blogger menulis alam maya ini amatlah malas dengan kerja remeh sedemikian termasuk tuan blog ini...hahaha....Tapi....dalam cik akak malas....cik akak lebih rela baca dua atau tiga kali sebelum publish....takut pembaca lari...hahaha...

Ala setakat typo mana ada pembaca boleh lari....tu kata blogger..tapi sedar tak sedar kualiti penulisan dan aura penulisan anda pastinya ada kecacatan. Memanglah tiada manusia sempurna. Tapi biarlah penulisan kita ada kesempurnaan. Korang kan nak berjaya. Cikgu dah lama mengajar kita tentang kesilapan ejaan ini kan. Kalau silap pastinya potong markah..hihi

Jesteru itu....sebagai penulis alam maya...kita wajiblah menjaga setiap penulisan kita. Barulah kita boleh maju sebagai blogger yang berkaliber. Korang tak nak ke penulisan korang mendapat sambutan pembaca di luar sana. Cik akak semahu-mahunya ingin pembaca menghargai apa yang cik akak tulis. 

Kesilapan ejaan ini memang sukar dibendung. Sebab sikap penulis itu sendiri. Malas dan ambil remeh. Kenapa tak pergunakan 5 minit anda itu menyemak apa yang anda tulis. Cik akak cakap ini bukan nak tunjuk hebat. Sebab cik akak tahu...cik akak pun adakalanya macam blogger lain juga...Malas dan ambil mudah perkara tersebut.

Tapi....semalas kita perlulah bangkit...Tak nak ke korang dihargai penulisan..Jesteru itu, kita perlu belajar untuk rajinkan diri membaca atau mengedit balik entri sebelum dan selepas pulish. Mudahkan....tak sampai 5 minit siap...

Di akhir kata...chewah..cik akak memohon maaf andai penulisan cik akak membuatkan blogger terasa hati. Sebab cik akak nak kita belajar sama-sama agar kita boleh menjadi penulis alam yang berkaliber serta berpersonaliti dalam penulisan...hihihi...sekian wassalam..

18 comments:

  1. Betul tu...salah satu untuk tingkatkan trafik & SEO...jangan sesekali ada typo...sebelum nak publish tu kena review terlebih dahulu...kot2 ada ayat tunggang terbalik...Kadang2 macam tu le MYiDEAKiNi akan praktikan sebelum publish sesebuah artikel entri... Masih belum dapat idea lagi ker?

    http://www.myideakini.com/2015/12/kontest-seo-myideakinicom-2015.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah...soalan untuk kontest tu....cik akak kena cari masa nak up entri...hahaha....macam blur je cik akak nak menaip

      Delete
  2. huhuhu qila tak selalu typo kalau keyboard ni.
    kalau keyboard phone mmg selalu typo haha jari gemuks! hiks

    ReplyDelete
  3. typo tu biasaaa. hahaha tapi kalau Lissa pun selalu check dua tiga pat lima kali sebelum publish :D

    ReplyDelete
  4. Selalu gak typo. Kadang2 check kdg2 tak perasan sebab guna HP kdg2 automatik hah

    ReplyDelete
  5. Selalu gak typo. Kadang2 check kdg2 tak perasan sebab guna HP kdg2 automatik hah

    ReplyDelete
  6. Alamak terkena pada batang hidung sendiri. Typo selalu bila publish entry. Kena alert lepas ni. Tq dear

    ReplyDelete
  7. InshaAllah satu nasihat sesama blogger ni CA , rasanya semua nya tak nak apakan daya ..kita insan tak sempurna..akan terus belajar memperbaiki..kadangkala masalah komputer jg kesan typo ni..Tq ya

    ReplyDelete
  8. kita boleh tinggalkan blog tu CA nanti berjangkit..gurau ja ya. Blog ni terbuka untuk semua ..apapun sangat setuju ..inshaAllah akan baiki dari masa ke samasa

    ReplyDelete
  9. tak apa ..lah tiada lagi nak kata ..akur diri tetap tak sempurna ya..lagi pun umur dah bertambah pastilah ada kelemahan..teruskan kerjaya blog. InshaAllah ..

    ReplyDelete
  10. Kekdg memg akan trtypo juga..makljmla nak cpt hihi

    ReplyDelete
  11. good sharing ni cik akak. kadang tak perasan. kena baca ulang2 sblm publish. takut lepas pandang.

    ReplyDelete
  12. hanya blogger seo yang perhatikan hal itu

    ReplyDelete
  13. kalau blogger biasa tak memperhatikan senacam tu

    ReplyDelete
  14. eh rahsia dah terbongkar la..rahsia PC selalu typo..kadang tu dah baca banyak kali sebelum publish la cik akak..tapi nak berlaku..sedih juga..kadang rasa cuai sangat..rugi diri sendiri..

    ReplyDelete
  15. salam kak, biasanya lepas publish baru terlihat typo itu hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN