Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Sunday, November 15, 2015

Tonton Full Episod - Merah Gaun Pengantin TV1 (RTM)

♥ Assalamualaikum ♥

Tonton Full Episod - Merah Gaun Pengantin TV1 (RTM) | Drama terbaru menghiasi Slot Bidadari TV1 RTM Merah Gaun Pengantin. Bersiaran Isnin hingga khamis jam 3.05 petang. Drama mengisahkan kehidupan seorang gadis kampung yang berjaya melanjutkan di ibu kota...dibintang oleh Nad Zainal, Fazreen Rafi, syafiq kyle dan ramai lagi.


Merah Gaun Pengantin, TV1 - Episod 1 - 12/11/2015 by DramaMelayu


JUDUL : MERAH GAUN PENGANTIN 
EPISOD : 13 episod 
TARIKH / MASA : 12 November 2015 (Isnin-Khamis, 3.05 petang) 
SIARAN : Slot Bidadari TV1 (RTM) 
PENGARAH : Basri Musa 
TERBITAN : Direct2U Productions Sdn Bhd 

PELAKON : Nad Zainal, Fazreen Rafi, Faye Kusairi, Syafiq Kyle, Felisha Crossley, Syed Ali, Mimi Ernida, Raja Ema, Mubarak Majid, Mubarak Majid, Norlia Ghani, Rahhim Omar, Nor Albaniah 

WATAK PELAKON : 

Nad Zainal sebagai Aimi / Nor Aimi 
Fazreen Rafi sebagai Heykal 
Syafiq Kyle sebagai Faizal 
Mimi Ernida sebagai Suzie 
Raja Ema sebagai Mak Su 
Mubarak Majid sebagai Paksu 

LAGU TEMA / OST MERAH GAUN PENGANTIN 
Lagu : Kembali 
Penyanyi : Akim Ahmad & Stacy 


SINOPSIS MERAH GAUN PENGANTIN : 

Mengangkat watak Almy, gadis kampung yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di ibu kota. Dia bercita-cita untuk membuka syarikat perunding perkahwinan suatu hari nanti. Almy menumpang rumah mak saudaranya, Datin Maimon yang hidup mewah tetapi sangat merendah diri dan tidak berlagak sombong, begitu juga dengan suaminya, Dato Alias. Mereka melayan Almy dengan begitu baik apatahlagi mereka tidak memiliki anak sendiri. 

Pada hari pertama Almy menjejakkan kaki ke ibu kota, Datin Maimon telah berusaha untuk mengubah penampilan Almy supaya lebih moden, sesuai dengan kehidupan remaja di bandar. Almy lebih senang berdikari sendiri untuk ke kolej dengan menaiki bas dari menaiki kereta mewah. 

Suatu hari ketika mengejar bas untuk ke kolej, dia hampir dilanggar oleh Heykal yang menaiki kereta mewah bersama ibunya, Datin Balqis. Almy di marah oleh Heykal tapi ditenangkan oleh Datin Balqis. Almy sakit hati dengan perangai berlagak Heykal yang tidak tahu minta maaf dan ego. Sikap Almy yang baik hati amat di senangi oleh rakan-rakannya terutamanya Faisal yang menaruh hati dalam diam pada Almy. 

Nadia seringkali bercakap tentang Faisal yang dianggap sering menjadi tumpuan murid-murid perempuan dalam kolej. Akhirnya Nadia, Almy dan Faisal menjadi satu kumpulan untuk menyiapkan beberapa projek kolej. Hubungan mereka menjadi rapat kerana masing-masing mempunyai kebolehan tersendiri. Ketika Almy balik dari kolej, dia telah bertembung dengan Datin Balqis. Mereka berdua kemudiannya mula menjadi sahabat baik apabila mengetahui bahawa Almy berbakat sebagai jururunding perkahwinan. Almy yang jujur telah menceritakan siapa dirinya yang sebenar sebelum datang ke ibu kota. 

Faisal menyatakan perasaannya terhadap Almy pada Nadia. Tapi Nadia tersalah sangka. Dia sangkakan Faisal jatuh cinta padanya. Hakikatnya Faisal menggunakan Nadia sebagai orang tengah. Mereka saling berjalan bertiga, ini membuatkan Nadia sangkakan Faisal benar-benar menyayanginya. Mereka bertiga bercadang untuk membuka kedai perunding perkahwinan setelah tamat pengajian kelak. Faisal memang mahir dengan kamera foto kesayangannya, suka megambil berbagai gambar. Nadia pandai mereka cipta pakaian gaun pengantin sementara Almy bijak dalam soal pemasaran. Fasial memberanikan diri meluahkan perasaannya yang sebenar tapi Almy tidak mahu melayan. Dia anggap Faisal hanya bergurau kerana memang itu sifatnya semasa di kolej, semua orang tahu. 

Namun siapakah jejaka yang menjadi pilihan Almy? Bagaimana pula dengan cita-cita mereka mahu membuka perniagaan bersama? Ikuti kesudahannya hanya di TV1. 


Website Rasmi TV1 : http://tv1.rtm.gov.my/ 
Twitter : rtm_malaysia 
Instagram : rtm_malaysia 
#RTMMobile

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN