Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Sunday, November 8, 2015

Ramalan Anugerah Skrin 2015 - Siapa Menang

♥ Assalamualaikum ♥

Ramalan Anugerah Skrin 2015 - Siapa Menang 



Menerusi pengamatan Tonton Extra, saingan pada tahun ini agak sengit memandangkan banyak naskhah dan karya bagus yang bertanding. Namun, mengikut ramalan Tonton Extra, bagi kategori Filem Terbaik, penulis melihat filem ‘Terbaik Dari Langit’, ‘Ophilia’, ‘Lelaki Harapan Dunia’, ‘Manisnya Cinta Di Cappadocia’ dan ‘Gila Baby’ bakal memberi saingan sengit.
Ramalan ASK 2015 - Senior vs Junior
Tidak mustahil filem terbitan Everything Films Sdn Bhd, ‘Lelaki Harapan Dunia’ akan mengulangi sejarah yang dicipta di Festival Filem ke-27 (FFM 27) sebagai Filem Terbaik di pentas ASK. Tetapi jangan dipandang enteng dengan filem ‘Terbaik Dari Langit’ kerana filem ini juga turut mendapat pengiktirafan Anugerah Khas Juri di pentas FFM yang sama.
Ramalan ASK 2015 - Senior vs Junior
Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem, Farid Kamil, Shaheizy Sam, Que Haider, Bront Palarae dan Wan Hanafi Su mempunyai potensi tinggi untuk menang. Farid menerusi wataknya dalam filem ‘Anak Jantan’ dan ‘Lagenda Budak Setan 3: Kasyah’ tidak menghampakan, begitu juga dengan lakonan Que Haidar dalam filem ‘Ophilia’. Siapa tahu, mungkin kekecewaan Que apabila filem lakonannya tidak mendapat pencalonan di FFM 27 baru-baru ini akan berbayar di ASK 2015.
Ramalan ASK 2015 - Senior vs Junior
Mempertaruhkan filem ‘Mamak Cupcake’, ‘Adnan Sempit Sawadikap’ dan ‘Manisnya Cinta Di Cappadocia’, populariti Shaheizy Sam juga tidak mustahil dapat membantu kemenangannya di ASK nanti. Namun, jaga-jaga dengan dua nama ini iaitu Bront Palarae dan Wan Hanafi Su. Mereka berdua pernah mencipta kemenangan di pentas ASK di mana Bront dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik Filem pada edisi lepas manakala Wan Hanafi Su menjulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama pada ASK 2013.
Ramalan ASK 2015 - Senior vs Junior
Sementara itu, untuk kategori wanita pula, penulis meramalkan Fazura ('Manisnya Cinta Di Cappadocia'), Lisa Surihani ('Cicakman 3'), Ayu Raudhah ('Lagenda Budak Setan 3: Kasyah'), Adiba Yunus ('Nasi Tangas'), Liyana Jasmay ('Isyarat Cinta') dan Nora Danish ('Anak Jantan' serta 'Suami Aku Ustaz') mempunyai harapan untuk membawa pulang trofi. Walaupun memenangi Pelakon Wanita Terbaik Filem di FFM 27, namun ia bukan tiket untuk Fazura menang mudah di pentas ASK.
Ramalan ASK 2015 - Senior vs Junior
Persembahan pendatang baru, Adiba Yunus dalam ‘Nasi Tangas’ agak bagus serta berani di mana ia mampu memberi saingan kepada pelakon-pelakon senior. Lakonan Ayu Raudhah yang menjadi mangsa psiko suami dalam ‘Lagenda Budak Setan 3: Kasyah’ juga nampak hidup. Ini terbukti apabila suami Ayu sendiri iaitu pemain bola sepak negara Zakuan Adha turut meluahkan rasa bengang apabila isterinya 'dipukul' serta diperlakukan sebegitu oleh pelakon Iqram Dinzly dalam filem tersebut.
Ramalan ASK 2015 - Senior vs Junior
Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, penulis akui agak sukar untuk meramalkan pemenang kerana saingan kali ini sangat sengit memandangkan pelakon-pelakon yang tersenarai dalam drama yang mendapat pencalonan awal semuanya hebat-hebat belaka.
Baik Que Haidar ('Cahaya Malaika'), Faizal Hussein ('Lorong Kecil Ke Syurga'), Shukri Yahaya ('Jalan Taubat'), Amar Asyraf ('Dari Pintu Neraka') serta Ungku Ismail Aziz ('Seligar'), kesemuanya berjaya menambat hati penonton dengan lakonan mereka. Namun, semuanya berbalik kepada rezeki dan kita nantikan sahaja siapa yang bakal menjulang trofi bagi kategori tersebut.
Ramalan ASK 2015 - Senior vs Junior
Dalam kategori pelakon wanita pula, Sara Ali ('Hak'), Raja Ilya ('Lorong Kecil Ke Syurga'), Sharisa Chong ('Sinar Ya Rob'), Rita Rudaini ('Sebentuk Kunci Sedetik Cinta') dan Ellie Suriaty ('Penyabong') ada harapan untuk berada di Top 5 dan menang.
Ramalan ASK 2015 - Senior vs Junior
Dan paling dinantikan semua, sudah semestinya kategori Drama Terbaik. Penulis pasti ia satu perkara yang bukan mudah buat juri untuk menentukan pemenang. Begitu juga buat penulis yang sukar meramalkan siapa yang bakal menjulang trofi bagi kategori gah itu. Namun, drama ‘Seligar’, ‘Penyabong’, ‘Cahaya Malaika’, ‘Dari Pintu Neraka’ dan ‘Lorong Kecil Ke Syurga’ dilihat ada harapan dan potensi besar untuk dinobatkan sebagai Drama Terbaik pada edisi kali ini.
Ramalan ASK 2015 - Senior vs Junior
Apapun, sama-sama kita nantikan keputusan penuh ASK 2015 secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) jam 9 malam ini di TV3. Jangan ketinggalan juga untuk menonton acara gemilang ASK 2015 menerusi live streaming secara global di www.anugerahskrin.com.
2015 dihoskan oleh Awie dan Fara Fauzana serta dibawakan khas oleh Babies Blinks Gold.
   

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN