Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Monday, November 30, 2015

Janna Nick Tak Kisah Dihentam Dek 'Kau, Aku, Kita'

♥ Assalamualaikum ♥

Janna Nick Tak Kisah Dihentam Dek 'Kau, Aku, Kita'

Janna Nick

Wartawan: Faris Othman
Setiap minggu bersiaran, drama ‘Kau, Aku, Kita’ tidak pernah gagal menarik penonton untuk melekat di depan TV menonton gelagat dua orang berlainan karakter, berkongsi satu nama dan tanpa disangka, mereka dijodohkan untuk bersama.
Tiba-tiba muncul isu di Instagram apabila ada persoalan mengapa Syarul Ridzwan digandingkan dengan Janna Nick, bukan Mia Ahmad. Pelbagai pendapat diutarakan untuk menyokong pilihan mereka itu. Rata-ratanya peminat drama ‘Hati Perempuan’ yang masih tidak dapat move on dengan pasangan Kuril-Yuhanis.

Kau Aku Kita Sumber gambar: Js Pictures / Instagram
Peminat Mia Ahmad tidak tahu tuntutan watak Iman Firdaus
Sumber gambar: Js Pictures / Instagram

“Orang yang mula-mula tak mahu saya tapi mahukan Mia Ahmad, pada saya, mereka tak tahu jalan cerita sebenar drama ini dan karakter yang perlu disampaikan. Saya tak layak untuk cakap hal ini sebab ianya keputusan penerbit dan diluluskan stesen TV.
“Benda ini tak patut ditujukan kepada saya. Saya hanya nak buat apa yang saya minat iaitu berlakon dan cari rezeki dalam bidang ini, itu je,” terang Janna yang mula berkecimpung dalam bidang seni sejak berusia seawal lima tahun.

Kau Aku Kita Sumber gambar: Js Pictures / Instagram
Jadikan kritikan sebagai pembakar semangat
Sumber gambar: Js Pictures / Instagram

“Bila orang hentam saya, sebenarnya bagus. Sebab ia bakar semangat saya untuk tampilkan kualiti persembahan dan buat yang bagus. Kerana itu, ada yang terdiam tak terkata apa-apa sampai ada yang sanggup minta maaf dekat Instagram,” cerita anak kacukan Thai, Cina dan Pakistan ini.
Katanya lagi, ramai peminat ‘Hati Perempuan’ yang mengakui ‘Kau, Aku, Kita’ seronok untuk ditonton, mereka suka dengan keserasian antara dia dengan Syarul. Janna ditemui ketika Jelajah Bas #dramasangat Pantai Timur, 13 hingga 15 November.

Kau Aku Kita Sumber gambar: caprinuary / Instagram
Tiada masalah dengan Mia Ahmad
Sumber gambar: caprinuary / Instagram

Ada juga ura-ura yang mengatakan Mia Ahmad sendiri yang mendalangi gesaan berkenaan, namun tidak dapat dipastikan kesahihannya. Janna bagaimanapun tidak bermasalah dengan Mia ketika sama-sama berlakon untuk satu drama terbitan RTM.
“Saya baru habis shooting dengan Mia. Langsung tak ada masalah. Cuma sebagai adik dia dalam drama itu, saya banyak bergaduh dengannya di set. Di luar, kamiokay. Bila kami bergambar bersama, ramai yang mengucapkan syukur padahal kami langsung tiada masalah,” cerita Janna tenang tanpa menyembunyikan apa-apa.

Kau Aku Kita Sumber gambar: Janna_Nicker / Instagram
Berpendapat keserasiannya dengan Syarul Ridzwan “perfect sangat”
Sumber gambar: Janna_Nicker / Instagram

Ditanya mengapa drama ini mendapat sambutan hangat penonton, “Mungkin orang boleh tengok realistiknya perangai tomboyIman Firdaus dalam diri saya. Sebenarnya saya tidaklah sekasar Iman Firdaus. Iman dua kali ganda lagi kasar dari saya. Bila kitatwist sikit, dia macam watak saya dan itu menjadikan watak tersebut meyakinkan sebab ianya separuh dari diri kita yang dipertontonkan.
“Populariti drama ini juga mungkin disebabkan cerita cinta. Semua orang suka cerita sebegini. Selain itu, mungkin kerana keserasian antara kami. Chemistry kamiperfect sangat! (Tergelak). Dalam cerita itu, kami tidak tunjukkan kasih sayang terang-terangan.

Jelajah Bas #dramasangat - Janna Nick
Jangan lupa saksikan Janna dalam ‘Kau, Aku, Kita’

“Mereka banyak bergaduh manja macam berebut tempat tidur dan benda-benda kecil lain. Kedua-dua watak yang menggunakan nama serupa (Iman Firdaus) ini masing-masing tak mahu menunjukkan perasaan atau mengaku sayang,” akhirinya.
‘Kau, Aku, Kita’ bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam eksklusif di TV3. Atau catch up episod lalu di Tonton. Drama ini merupakan adaptasi novel nukilan Orkid Edyliyne dan diterbitkan oleh produksi JS Pictures


4 comments:

  1. teringat pula antara kita blogger ..hehehe blogger lah sangat ni kan..( harap tak ada sengketa..) jauhilah dari perkara buruk berblog. Cik akak tahnia blog sangat cemerlang ya..

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi tengok cerita ni. tapi honestly janna nick comel sangat <3 <3!!

    ReplyDelete
  3. janna nick pon cute apee. best je lakonan dia. huda suka !

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN