Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Monday, November 30, 2015

Drama Tersuka Tanpa Sengaja | Sinopsis Novel Tersuka Tanpa Sengaja - Akan Datang 07 Disember 2015 [ Drama Adaptasi Novel ]

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Tersuka Tanpa Sengaja | Sinopsis Novel Tersuka Tanpa Sengaja - Akan Datang 07 Disember 2015 [ Drama Adaptasi Novel ] | Terajui gandingan Amar Baharin dan Emma maembong sebagai watak utama drama. Drama tersuka tanpa sengaja ada 16 episod kesemuanya. 



JUDUL : TERSUKA TANPA SENGAJA
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : 07 Disember  2015, Isnin-Khamis jam 10 malam
SIARAN : Astro Ria
NOVELIS: Pena Kayu

PELAKON : Amar Baharin, Emma Maembong, Amyra Rosli, Hafreez Adam, Yusri Saleh, Nor Azifah Abidin, Adik Mirza Adam, Natasha Elyzza, Kuza, Watie Sadali, Azri Iskandar, Ajeera Rosli, Faye Kusairi


SINOPSIS NOVEL TERSUKA TANPA SENGAJA

Kerana perselisihan pendapat dan merasakan dirinya disisihkan si ayah, Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdikari atas kaki sendiri. Ayahnya hanya mementingkan adik tirinya, Katrina tetapi si ibu tiri sentiasa mengambil tahu akan dirinya. Lebih menyakitkan hati apabila si ayah ingin menjodohkan dirinya dengan doktor yang menjaga ibu tirinya yang sedang sakit. Penolakan Farhah membuatkan si ayah mengatur rancangan untuk menjodohkan doktor tersebut dengan Katrina tetapi dipandang sepi Katrina.

Pertemuan pertama dengan Syed Arif bukanlah sebaik mana kerana mereka berselisih pendapat mengenai orang kaya dan orang biasa. Perbezaan pendapat antara mereka menarik perhatian Arif, Arif meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya dan akhirnya Arif melamar Farhah atas permintaan si ibu. Asalnya Farhah menolak kerana mereka berdua tidak mencintai sesama sendiri tetapi akhirnya menerima kerana tidak mahu berkahwin dengan sepupunya yang mencintainya dalam diam, Hakim. Kerana marah, ayahnya menolak menjadi walinya dan Farhah berkahwin dengan Arif tidak berwalikan ayahnya. Kedua mereka memberi peluang untuk belajar mencintai diri sendiri dan perasaan cinta perlahan-lahan hadir dalam diri masing-masing. Dugaan melanda, Arif calon menantu pilihan ayah Farhah memperkenalkan Katrina kepada Arif. Namun hati Arif telah mati untuk Katrina kerana sebelum ini cintanya dipandang sepi oleh Katrina. Arif memberitahu Datuk Ahmad Alias bahawa dia telah berkahwin dan Katrina tidak dapat menerima. 

Setelah mengetahui bahawa kakak tirinya merupakan isteri Arif, Katrina cuba untuk memecah belahkan rumah tangga mereka. Rancangannya hampir berjaya tetapi Arif menerangkan segala sejarah dirinya dengan Katrina dan betapa sekarang cintanya hanya untuk Farhah. Kebahagiaan mereka terganggu seketika setelah Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yang sebenar. Setelah mendapat penjelasan Farhah, Arif merasakan dia bertanggungjawab untuk menyatukan kedua anak dan ayah. Setelah mempertemukan mereka, Datuk Ahmad Alias gembira kerana perancangan untuk menjadikan Doktor Syed (Arif) menantunya tercapai tetapi dia terkilan kerana tidak mewalikan pernikahan anaknya. Katrina cuba untuk membunuh diri tetapi Armand (kawan Ariff) menegur kesalahannya. Akhirnya Katrina memahami dan terjalinlah kisah antara dia dan Armand. Akhirnya mereka semua hidup berbahagia.


1 comment:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN