Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Sunday, November 8, 2015

Drama Adaptasi Novel Akan Datang - Seindah Takdir Cinta

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Adaptasi Novel Akan Datang - Seindah Takdir Cinta | "Bagaimana mahu digapai bintang di langit jika hati sudah terpahat di bumi" . Seindah takdir cinta bakal diadaptasi novel yang menampilkan pelakon syarul ridzwan sebagai teraju utama. Cik akak biasalah peminat drama adaptasi novel dapat info dari laman SINI.

Kemungkinan bakal bersiaran tahun 2016.

Sebelum ditayangkan...cepatlah beli novel..tak pun boleh baca di laman dunia cik akak....


Baca Novel Seindah Takdir Cinta 》》 Bab 1 - Bab 28

Sinopsis
MIA KARMILA, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.
Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.
Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya?
Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shahriman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?

6 comments:

  1. Alahai penuh emosi ni cik akak...

    ReplyDelete
  2. sr jadi adrian or shariman

    ReplyDelete
  3. Lirik lagi OST Seindah Takdir Cinta : Fauziah Latiff

    http://perfectmusiclyrics.blogspot.com/2016/06/fauziah-latiff-takdir-ost-seindah.html

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN