Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Thursday, October 22, 2015

Sinopsis Setulus Janji

♥ Assalamualaikum ♥

Sinopsis Setulus Janji | Drama adaptasi novel setulus janji. Gandingan mantap pelakon azlee khairi dan fida ibrahim. Drama setulus janji bersiaran 7.05 petang di tv1. Setiap sabtu dan ahad...

Bersiaran 17 Oktober 2015
Jumlah episod: 26 episod

Status - Episod 1 




Sinopsis setulus janji :Ilham dan Insyirah, dua beradik angkat yang membesar bersama bagai abang dan adik. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Dalam diam, masing-masing menyimpan rasa. Cinta, kasih dan rindu mereka bersatu menjadi tugu. Namun, Ilham atau Insyirah tidak berani bersuara. Bimbang kasih yang hadir, hanya bertepuk sebelah tangan. 
Bertahun-tahun mereka memendam rasa. Ilham hanya memandang dari jauh meleraikan resah. Insyirah pula menyulam gelisah di tabir mimpi. Mengapa tidak berterus terang? Adakah mereka takut pada jawapan ya atau tidak sedangkan cinta harus dilafazkan dengan kata-kata! 
Dugaan datang bila Aiman berjaya mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga, bertindak mengikat Juwita sebagai tunangannya. Mereka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak benar-benar rela. Hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka. 
Cinta yang hampir terhumban, kembali marak menyala. Keajaiban ALLAH, akhirnya menyatukan Ilham dan Insyirah sebagai suami isteri. Begitulah setulus janji dua kekasih yang pernah terluka dan dilukai, agar pengalaman di masa silam dijadikan kenangan.

1 comment:

  1. Lissa khatam novel ni dua kali. memang best. tak tau pula ada keluar drama. hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN