Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Thursday, October 15, 2015

Samarinda TV3 - Dhia Sofia Drama Konflik Keluarga

♥ Assalamualaikum ♥

Samarinda TV3 - Dhia Sofia Drama Konflik Keluarga 

Rahsia Di Sebalik Pencarian Ibu Bapa Kandung 'Dhia Sofea'

Dhia Sofea
 
 
Kepulangan Dhia Sofea disambut dengan majlis hari jadinya yang diaturkan oleh ibunya, Mak Yam. Dhia tidak sangka kejutan hadiah hari jadi yang diberikan oleh Mak Yam bakal mengubah hidupnya. Apakah dugaan yang bakal menghujani Dhia?
Dhia Sofea
Menyusuli ‘Bukan Isteri Sempurna’, nantikan drama bersiri ‘Dhia Sofea’ terbitan Rashbir Media Sdn Bhd lakonan Amyra Rosli, Fadlan Hazim, Syafiq Kyle, Sharifah Haslinda, Maria Farida, Dato’ Eizlan Yusof, Roy Azman, Raja Ema, Norlia Ghani dan Sasqia bermula 14 Oktober, setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 10 malam menerusi slot Samarinda TV3.
Dhia Sofea
Drama bersiri 15 episod arahan Rashid Sibir mengisahkan Dhia Sofea (Amyra Rosli) mula mencari siapakah ibu dan bapa kandungnya selepas mendapat tahu dia hanyalah anak angkat kepada Mak Yam (Norlia Ghani).
Dhia Sofea
23 tahun yang lepas, Dhia diserahkan oleh pasangan muda yang tidak dikenali oleh Mak Yam. Wanita itu berkelubung dan tidak kelihatan wajahnya. Lelaki itu pula memberi RM500 kepada Mak Yam untuk menjaga bayi itu dan mereka berdua tidak pernah kembali selepas itu.
Dhia Sofea
Mak Yam membesarkan Dhia seperti anak kandungnya. Din (Syafiq Kyle), seorang anak yatim piatu juga menumpang kasih Mak Yam. Din menyimpan perasaan terhadap Dhia tetapi dia tidak meluahkan isi hatinya apabila Dhia pulang ke kampung bersama teman lelakinya, JJ (Fadlan Hazim).
Dhia Sofea
Dhia hanya mempunyai seutas rantai berhuruf M yang dipakai sewaktu bayi dijadikan sebagai bukti sehinggalah dia terjumpa sekeping gambar lama di rumah JJ ketika hadir ke parti hari jadinya. Dhia terkejut apabila JJ memberitahunya wanita itu ialah ibunya, Lorena (Maria Farida).
Dhia Sofea
Dhia meminta izin daripada Mak Yam untuk tinggal di rumah makciknya, Cik Non (Raja Ema) di Kuala Lumpur. Dhia mencari alasan untuk mendekati Lorena. Apabila Dhia mendapat peluang untuk bertanya Lorena tentang loket rantai itu, Lorena tidak mengaku. Dhia mula putus asa tetapi JJ memujuknya dan berjanji akan menolongnya. Dhia terharu dan terus mencari bukti-bukti.
Dhia Sofea
Lorena mula resah dan dia telah berjumpa dengan kawan baiknya, Dolly (Sharifah Haslinda). Lorena juga tidak mahu kerjaya suaminya, Mahadi (Dato’ Eizlan Yusof) tercalar. Dolly mula merancang sesuatu untuk menghapuskan Dhia supaya rahsia tersebut tidak terbongkar.
Dhia Sofea
Berjayakah Dhia menemui siapakah ibu bapa kandungnya? Apakah rahsia yang disimpan oleh Lorena dan Dolly? Saksikan kesudahannya menerusi slot Samarinda pada setiap hari Rabu dan Khamis pukul 10 malam di TV3.
Dhia Sofea
Layari laman web www.tv3.com.my sertaFacebookTwitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan drama bersiri ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

1 comment:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN