Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Monday, October 12, 2015

"Manny"- Majikan Terpikat Dengan Pengasuh Lelaki

♥ Assalamualaikum ♥

"Manny"- Majikan Terpikat Dengan Pengasuh Lelaki | Jangan tertipu dengan tajuk entri cik akak..Hanya drama je..hahaha..tapi seronok juga tengok drama ni. Lawak dan lucu...cik akak yang jarang menonton drama macam..alamak boleh terjebak dengan drama nie...hahaha....apa pula kesudahan drama ini....


'Manny' - Majikan Terpikat Dengan Pengasuh Lelaki!
Manny

Sinopsis Manny : Selepas bercerai, Seo Do-young mahu bangkit semula sebagai seorang wanita yang berkerjaya. Status sebagai ibu tunggal kepada dua orang anak bukan halangan kepadanya tetapi tekanan yang dihadapi oleh Do-young telah menyebabkan dia gagal uruskan anak-anaknya dengan baik. Adakah kemunculan Lee Han, seorang pengasuh lelaki profesional di New York berjaya menyelesaikan masalahnya?
Manny
Saksikan kisah lucu antara seorang ibu tunggal dan pengasuh lelaki lakonan Seo Ji-seok dan Choi Jung-yoon dalam drama bersiri Korea 18-episod, ‘Manny’ yang kini rancak disiarkan menerusi slot Chamsarang di TV9 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang.
Lee Han (Seo Ji-seok) ialah seorang ‘manny‘ di New York. Manny merupakan kombinasi perkataan ‘man’ dengan ‘nanny’. Dia telah pulang ke Korea untuk melancarkan bukunya, ‘Manny In N.Y’ yang menceritakan tentang tips mengasuh anak-anak kecil. Dia sangat berkeyakinan tinggi dengan bakatnya kerana tidak pernah gagal dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu.
Manny
Malangnya, Lee Han yang bersikap ego telah berselisih faham dengan pemandunya sehingga dia ditinggalkan tanpa bagasinya. Selain itu, Lee Han juga berhadapan dengan tuduhan menggoda kliennya di New York. Jadi, peguam Lee Han telah menasihatinya agar pulang ke New York selepas perkara itu reda.
Lee Han mula mencari pekerjaan dan akhirnya ia membawa Lee Han ke temu duga bersama Janice (Byun Jung-soo) yang sedang mencari guru untuk mengajar Bahasa Inggeris. Janice tidak suka dengan sikap ego Lee Han dan tidak menerimanya.
Manny
Lee Han terserempak dengan Jung Min, anak bongsu kepada Seo Do-young (Choi Jung-yoon). Janice yang juga kakak kepada Do-young telah menuduh Lee Han menculik anak saudaranya. Mujur Do-young tahu tentang perkara sebenar daripada anaknya dan telah membebaskan Lee Han daripada tahanan pihak polis.
Setelah mengenali siapa sebenarnya Lee Han, Do-young terus mengupahnya untuk menjadi pengasuh kepada kedua-dua anaknya, Eun Bi dan Jung Min. Walaupun Do-young seorang ibu yang sangat prihatin tetapi dia gagal mengawal amarahnya. Do-young sering tertekan dengan keadaan di tempat kerja dan juga rumah.
Manny
Bermulalah tugasan Lee Han sebagai seorang pengasuh di rumah Do-young dan Janice. Lee Han tidak disukai oleh Eun Bi pada mulanya. Janice juga kurang berkeyakinan dengan kemampuan Lee Han kerana insiden temu duga yang berlaku antara mereka berdua sebelum ini. Selepas Do-young bercerai, Janice sentiasa memberikan sokongan dan bantuan kepadanya untuk memulakan hidup baharu. Janice seorang yang bersikap optimis dan berpuas hati dengan hidupnya yang telah berjaya memiliki sebuah agensi model walaupun dia belum menemui jodohnya.
Ternyata bakat Lee Han sebagai seorang pengasuh telah berjaya menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh Eun Bi dan Jung Min. Kini, Lee Han bukan sahaja menjadi ‘hero’ kepada Eun Bi dan Jung Min, malahan Janice dan Do-young pun mula menyukainya. Do-young hanya memendamkan perasaan kerana rasa rendah diri dengan statusnya sebagai seorang janda dan tidak mahu melukai hati kakaknya yang telah membantunya selama ini. Apakah kesudahan kisah mereka?
Manny
Jangan ketinggalan untuk terus menonton ‘Manny’ di slot Chamsarang pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang. Layari laman web www.tv9.com.my sertaFacebookTwitter & Instagram TV9Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Sumber : SINI

2 comments:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN