Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Monday, October 26, 2015

Filem Love, Supermoon

♥ Assalamualaikum ♥

Filem Love, Supermoon | Gandingan Farid Kamil dan Nadiya Nisaa. Filem ini dah ditayangkan di pawangan 22 Oktober 2015.



SINOPSIS LOVE, SUPERMOON
Filem Love, Supermoon mengisahkan tentang hero dan heroin yang menjalani kehidupan masing – masing dan hanya bertemu di majlis perkahwinan, kenduri atau parti yang dianjurkan oleh kawan – kawan mereka. Kedua – dua hero dan heroin ini hanya kenal masing – masing melalui gosip yang dibual tetapi berlagak seakan- akan tidak mengenali apabila bertemu sesama mereka.
Razak (Farid Kamil) 27, merupakan seorang doktor, yang tidak mengetahui dan tidak yakin akan apa yang dia mahu dalam hidupnya. . Razak merupakan seorang ‘playboy’ yang sering bertukar – tukar pasangan dan tidak berhasrat untuk berkahwin seperti rakan – rakannya yang lain. Razak juga merupakan seorang ‘playboy’ dan sering bertukar – tukar pasangan.
Triz (Nadiya Nisaa’) 26 pula bekerja di pusat panggilan bagi sebuah syarikat automobil yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis tetapi hasil tulisan Triz sering ditolak oleh syarikat – syarikat penerbitan. Triz mempunyai seorang teman lelaki yang amat dicintainya iaitu Azman (Azhar Sulaiman), seorang kerani di tempat kerja yang sama. Azman dianggap tidak sesuai untuk Triz oleh rakan-rakanya. Walaupun Azman merupakan seorang lelaki yang ego dan senantiasa menghalang Triz dari mencapai impiannya, Triz tetap menyayangi Azman kerana sifat negatifnya itu dianggap sebagai tanda cinta Azman kepada Triz.
Selepas bertahun – tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku-liku kehidupan, Razak dan Triz bertemu dalam keadaan di mana kedua-duanya mahu memulakan kehidupan yang baru.

Sumber 》》》 Sinopsis Love, Supermoon

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN