Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Wednesday, September 2, 2015

Street Vendetta TV2 Bersiaran Malam Ini [02.09.2015]

♥ Assalamualaikum ♥
Street Vendetta TV2 Bersiaran Malam Ini [02.09.2015]. Drama terbaru menggantikan drama Silir Kasih. Drama ini diterajui oleh pelakon yang kian popular iaitu syarul Ridzwan dan Nad zainal. Bakal bersiaran jam 9.00 malam nanti hanya di tv2. Street Vendetta Episod 1 Malam ini. 

Drama Adaptasi Novel Street Vendetta
Sinopsis Novel Street Vendetta
Anabella si gadis hipokrit bermata duitan. Kojie, si jejaka selekeh bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Kerana sebuah kereta, mereka dipertemukan dalam situasi aneh. Kojie ditugaskan menarik kereta Anabella yang banyak berhutang. Namun Anabella nekad melarikan keretanya kerana mengejar sebuah cinta. Dan kisah mereka tercipta di jalanan. Satu perjalanan yang penuh havoc dan peristiwa. Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira yang bakal bertunang. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkan. Perpisahan terakhirnya dengan
Kojie di Cherating bagaimanapun sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella merasa keliru. Fakruzi dan Kojie, orang yang sama atau dua individu berbeza? Jawapannya hanya ada di penghujung kisah.

3 comments:

  1. raa cm pernah baca novel ni..mcm popular gk..tpi ingt2 lupa..nnti nk tgklahh

    ReplyDelete
  2. Macam2 drama dr novel ada sekarang ni...

    ReplyDelete
  3. salam singgah sini cik akak...semalam tak sempat nak tengok ni...

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN