Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Saturday, September 12, 2015

Novel Tukang Masak Tuan Puteri Karya Nur Mayani

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Tukang Masak Tuan Puteri Karya Nur Mayani



Sinopsia Novel Tukang Masak Tuan Puteri

Menjadi tukang masak kepada Puteri Zulaika, mengundang padah apabila dia dipaksa menjadi suami kepada puteri tunggal Tuan Besar Darman. 
Dengan alasan ingin menjadikan puterinya yang berlagak-sombong-demand tahap dewa itu kembali normal, Azrul menjadi mangsa.
Secara paksa rela dia menerima amanah ayah mentuanya. Dia tekad mahu mendidik si keras hati itu dengan caranya sendiri. 
Puteri Zulaika pula sehabis daya mahu pulang ke istana semula. Tidak sanggup rasanya untuk terus tinggal di rumah Azrul yang panas macam oven. Tidak sangka kehadiran tukang masak yang kekampungan itu membuatkan hidupnya berubah 300%! 
“Lain kali, kalau I ada atau tak ada dekat sini, jangan suka-suka keluar masuk. Kalau you nak keluar ke sini, nak lalu sini. Bagitau I dulu. Pakai telefon kat bilik you tu. Call I dulu. Faham?” Terkial-kial Puteri Zulaika menarik zip yang berada di bahagian belakang gaun. 
“Tolong tarik zip I ni.” Selamba sahaja Puteri Zulaika keluar dari balik langsir dan membenarkan Azrul menarik zip gaunnya. Nafas Azrul tersekat seminit tatkala menonton belakang badan tuan puteri yang putih gebu itu. Perlahan-lahan Azrul menarik zip itu. 
“Tak cantiklah gaun ni,” komen Azrul tanpa selindung. Puteri Zulaika berpaling mengejut. Mukanya berubah merah tiba-tiba.
“Apa you cakap?” 
“Betul… gaun ni nampak kuno. Macam budakbudak. Saya lagi suka tengok perempuan pakai baju kurung kain cotton. Nampak ayu aje,” tutur Azrul seikhlas hati. 
“Excuse me… takkan I nak pakai baju kurung macam perempuan kat kampung you. I ni puteri raja, okey. Lelaki macam you ni, memang tak tahu menilai kecantikan. Kolot!” bentak Puteri Zulaika apabila gaun yang dibelikan oleh bondanya dari luar negara itu dikatakan tidak cantik. Bengang sungguh! 
“Saya bagi pendapat aje. Lagipun pandangan lelaki dengan perempuan berbeza. Saya memang suka perempuan pakai baju kurung. Tak kisahlah kalau tuan puteri ni anak raja ke tak. Kita ni semua sama aje, kan? Kalau tuan puteri pakai baju kurung pun tak siapa nak larang. Lagi cun rasanya.” Azrul semakin berani. 
“I tak ada baju kurung. I tak suka. Rimas!” Puteri Zulaika melabuhkan duduk di birai katil. Mukanya kelat sahaja seperti pisang muda.
“Tak apa… nanti saya suruh ibu saya jahitkan baju kurung untuk tuan puteri. Saya hadiahkan, ye?” Azrul mengukir senyuman lebar.
Mata Puteri Zulaika terbeliak. Isy… mamat ni beriaia pula dia. 
“Tak payahlah. I memang takkan pakai punya. Dahlah, lebih baik you buat kerja you.” Puteri Zulaika bangun kemudian melihat dirinya di cermin. 
“Betul ke gaun ni tak okey? Bonda I belikan dari luar negara tau. I ingat nak pakai yang ni esok. Tapi…” 
“Tak cantik yang tu. Sumpah. Tapi, kalau yang ni saya suka.” Azrul mencapai gaun yang tersangkut di tepi almari, kemudian menyerahkannya kepada Puteri Zulaika. 
“Ini gaun yang aunty you buatkan.” Muka Puteri Zulaika monyok sahaja. 
“Hati perempuan macam mentega. Bila dipanaskan dengan kasih sayang… leburlah….”

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN