Artikel Terkini

Saturday, September 5, 2015

Novel Miss Perpect Kahwin Mr. Maid - Karya Penulis Zany Ezatie

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Miss Perpect Kahwin Mr. Maid - Karya Penulis Zany Ezatie

"Sempurna aku hanya bila kau ada di sisi" menarik kan tagline novel ini. Novel diterbitkan oleh penerbitan fajar pakeer. Dapatkan novel terbaru ini di laman web fajarpakeer.com. Harga yang ditawarkan pun menarik



Sinopsis Novel Miss Perpect Kahwin Mr. Maid

Terdesak kerana ayahnya memerlukan wang 50 ribu ringgit untuk pembedahan, Elias nekad merayu kepada CEO Hotel Grandstar, Edora yang berlagak macam dialah orang yang perfect di dunia.  Kerana terhutang budi, dia rela gadai body. Jadi orang gaji minah tu. 
Edora juga punya masalah besar. Tunang dia, Tengku Farhan curang! Dia tak nak kahwin dengan playboy Malaya itu. Dalam resah, dia dapat idea gila. Lamar Mr. Maid jadi calon pengganti pengantin lelaki.  
“Emm. I nak lamar you. Jadi suami I.” - Miss Perfect 
“Saya rasa Miss Edora dah melampaui batas kemanusiaan. Saya memang ada cakap saya nak tolong Miss Edora tapi bukan sampai tahap macam ni. Kahwin? 
Tak masuk akal langsung.” - Mr. Maid 
Direncana dengan permainan rapi, mereka akhirnya bersatu. Namun, di pertengahan mahligai permainannya, Edora tewas sendiri.“Ya! I cintakan you? So, what? I cemburukan you dengan si Norain tu sebab I cintakan you. So, what?” 
Namun, cinta yang disulam terasa seperti bertepuk sebelah tangan. Beribu ungkapan cinta diungkap, namun berbalas sepi oleh si suami. Kenapa? Adakah lelaki itu mencintai Norain, kawan sekampungnya? 
Mampukah Edora menyempurnakan kisah cintanya sesempurna dia menjaga penampilan dan statusnya sebagai Miss Perfect, CEO Hotel Grandstar? Dan adakah benar Elias, Mr. Maidnya, memang tak mencintainya?

No comments:

Post a Comment