Header Ads

Novel PSMS (Pinta Sayangmu Sedetik)

♥ Assalamualaikum ♥

Novel PSMS (Pinta Sayangmu Sedetik)


WEB-CV-FINAL-PSMS

Beli Novel : kakinovel.my
PSMS (PINTA SAYANGMU SEDETIK)No. ISBN:- 978-967-0874-10-4
Jumlah muka surat:- 836
HARGA SEMENANJUNG: RM32 , AHLI KN RM28
HARGA SABAH SARAWAK: RM35, AHLI KN: RM31
Sinopsis:-Naluri keibuan Syidah telah menimbulkan keinginannya untuk mempunyai anaknya sendiri. Tetapi sukar buatnya kerana dia mempunyai masalah fibroid yang serius dan dia bukanlah muda lagi. Sebelum tertutup terus peluang Syidah untuk mendapatkan zuriatnya sendiri, Syidah mesti kahwin dengan segera!Akhirnya, Zulfakar (musuh ketat Syidah) sudi membantu Syidah merealisasikan impiannya. Dia sanggup menolong Syidah kerana dia ingin lari dari desakan Marissa dan Syafina agar berkahwin dengan mereka. Perkahwinan ini adalah jalan keluar untuknya. Dia akan dapat zuriatnya sendiri tanpa melibatkan soal hati dan perasaan dengan Syidah.Perkahwinan ini menguntungkan kedua-dua belah pihak.Namun, tak mudah menjalani hidup secara marriage of convenience ini.“Apa?! Ingat aku takut dengan kau? Kau main tipu bolehlah. Depan-depan, kau ada berani?” balas Syidah balik. “Lelaki tak guna! Pengecut! Guna dadah bolehlah!”“Heiii!” Zulfakar tidak tahan dengan mulut celopar Syidah. Patut dibiarkan sahaja Syidah kena dengan Adrian malam semalam. Baru kurang sikit keegoan dan keangkuhan dalam diri perempuan itu. “Kalau aku hilang sabar, sia-sia aje nanti!”“Pak su… pak su… sabar, pak su. Sabar. Mak su ni bukannya betul-betul okey, pak su. Dia mamai lagi tu. Dadah tu ada kesan lagi agaknya.” Ain Safiah cuba menenangkan Pak Su Zulnya pula.“Tak. Mana ada? Mak su dah okeylah! Hei, binatang! Mana memori kad? Mana video yang kau ambil? Bak sini!” tengking Syidah yang masih belum surut marahnya.“Mak su, cuba mak su bertenang sikit. Mak su nikan… orang bersusah payah tolong mak su, mak su pergi marah pak su. Lepas tu mak su belasah dia. Apalah mak su ni…” keluh Ain Safiah.“Belasah? Zul kena belasah? Hah? Ha ha ha!” Husin ketawa. “Cik Syidah belasah dia? Patutlah dia marah sangat. Ha ha ha!”“Abang Husin ni kenapa gelak pulak? Orang serius ni…” tegur Ain Safiah. Geram pula dia tengok Husin ketawakan Pak Su Zulnya.“Oh… tapi kenapa Cik Syidah belasah Zul? Dia dah bersusah payah tolong Cik Syidah dari semalam lagi,” ujar Husin yang sudah berhenti ketawa.Yelah. Susah-susah pak su tolong mak su!” sokong Ain Safiah pula.“Eh? Bukan dia ke yang bawa mak su ke sini? Bukan dia ke yang buat semua ni pada mak su? Habis tu macam mana mak su boleh berada di sini? Mak su yakin mak su nampak muka dia semalam. Mak su ingat dia yang tolak mak su dan … dan…” Syidah tidak meneruskan kata-katanya. Dia menjeling sahabat Zulfakar itu. Malu hendak cakap apa yang Zulfakar telah lakukan kepada dirinya semalam.Kehadiran Khairul membuatkan Zulfakar ragu-ragu tentang kandungan Syidah dan nyawa Syidah terancam akibat diganggu oleh Marissa dan Syafina. Bolehkah Syidah dan Zulfakar mengharungi badai dan dugaan dalam marriage of convenience meraka ini?“Sedetik aku kecapi bahagia ini bersamamu, selamanya akan kuhargai walaupun tanpamu di sisiku.”

2 comments:

  1. grrr.....dah lama tak baca novel....teringin sngguh nak baca novel niii...hhihi

    ReplyDelete
  2. macam best jer novel ni....dah lama tak buat koleksi novel baru nihhh..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.