Artikel Terkini

Saturday, August 29, 2015

Novel Dia Bukan Cinderella - Novel Akan Datang Di fajarpakeer.com

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Dia Bukan Cinderella - Novel Akan Datang Di fajarpakeer.com

Sinopsis Novel Dia Bukan Cinderella 

“Lain kali bila aku suruh tu, cepat-cepat buat! Jangan sengaja kau nak lengah-lengah! Aku tak suka! Dahlah aku memang tak sukakan kau! Jangan pulak bagi kau tunjuk perangai kau yang aku tak suka tu!”
Ibu tiri selalu dikaitkan dengan sikap kejam. Samalah dengan ibu tiri Auni Naura. Dia ibarat Cinderella yang terpaksa buat semua kerja sementara ibu tiri hanya goyang kaki. Ada pula abang tiri yang selalu curi peluang mahu menceroboh hak kewanitaannya. Auni Naura semakin tidak tahan lalu mengambil keputusan melarikan diri demi menyelamatkan maruah diri.“Sudah! Kau jangan nak buat muka sedih kat sini. Aku tak ada masa nak tengok lakonan drama spektra kau! Sekarang kau adalah orang gaji kat rumah ni.”Auni Naura bersyukur bila ada insan yang menyelamatkannya selepas dia hampir ditipu dan dijadikan pelacur oleh lelaki tak bertanggungjawab. Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Auni Naura terikat dengan perjanjian. Dia harus melangsaikan hutang bil perubatan Adreand Haikal, orang yang bertanggungjawab menyelamatkan dia daripada dilanggar kenderaan.“Kau tak payah nak fikir macam mana kau nak ganti balik duit ni. Kau kahwin dengan aku aje, cukup.”Orang yang buat perjanjian dah langgar pun perjanjian. Hanya tunggu Auni Naura buka mulut terima lamaran si putera raja walaupun tak seromantik mana. Auni Naura takut. Kalau Cik Naga Eva Natasha serang dia, apa perlu dia buat? Bagi Adreand pula, Eva Natasha sudah jadi sejarah dalam hidupnya bila dia tahu gadis itu lebih memilih lelaki lain daripada dirinya. Eva Natasha pula tak akan senang-senang mahu lepaskan Adreand dan mula mengisytiharkan Auni Naura sebagai musuh ketatnya. Bermulalah kisah Auni Naura sebagai bukan Cinderella...

No comments:

Post a Comment