Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Saturday, August 15, 2015

Drama Street Vandetta

♥ Assalamualaikum ♥
Drama Street Vandetta : Drama rantaian 26 episod yang diterbitkan oleh MDAG Marketing.Arahan Malek Rahman.Scrip writer: Mazelan Manan & Siti Hawa.Adaptasi novel karya Mazni Aznita.

Lagu Tema @OST Street Vandetta - Hanyalah Untukmu Nyanyian Masha


Sinopsis Drama Street Vandetta 

Part 1 :
DIA mendongak memandang si gadis yang berlenggang enak dengan briefcase nipis yang entah apa isinya. Gadis itu melewatinya dengan kasut tumit tinggi yang meruncing tajam. Beg tangan gadis itu langsung tidak sedondon dengan warna baju yang dipakainya atau warna skarf yang diikat gaya butterfly di leher. Skirt paras bawah lutut juga kelihatan aneh dengan pakaian yang dikenakannya. Pendek kata segalanya kontras dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. 
Namun begitu, masih ada yang menarik pada wajah gadis itu. Mujur sajalah wajah gadis itu boleh tahan lumayan. Polos bagaikan anak sekolah. Hendak kata cantik sangat tu tidaklah, tapi kurang-kurang lepas juga pertandingan ratu kebaya sekolah menengah. Dia menokok tambah seraya tersengih sendiri. Menilai wajah gadis tersebut dari hujung rambut ke hujung kaki.
Hampir dua jam menanti di bawah sinar terik mentari, dia mulai bosan dan penat. Tekaknya terasa haus. Poket seluar sebelah kanannya diraba-raba. Sesaat kemudian, tangannya menyeluk poket yang satu lagi. Tiba-tiba sahaja hatinya jadi sebal. Dia mengguman kegeraman. Rupa-rupanya dompet kulit Bonianya yang berharga hanya RM19.90 yang dibelinya di Petaling Street tahun lepas, tertinggal pula di rumah. Mujur ketika dia datang tadi, tidak terserempak dengan mana-mana polis yang kerap menyusun strategi di jalan raya. Barangkali nasibnya benar-benar baik seperti yang dicanang oleh Mak Wan yang membelanya atau sememangnya bacaan Bismillah yang kerap diamalkannya sebelum keluar dari rumah, membawa keberkatan dalam hidupnya. Dia tersengih. Manalah tahu kan!
“Hoi Kojie,” jerit suatu suara garau yang entah datangnya dari penjuru mana. Dia tercari-cari. Alamak! Kenapa gelap sangat ni? Hari nak hujan? Matahari dah merajuk, tak nak keluar? Bermacam-macam monolog singgah di kepalanya.
Beberapa saat berlalu, dia mula menepuk kepala sendiri. Aiseh! Macamana cermin mata hitam ni boleh tertenggek atas hidungnya pula? Cepat-cepat dia menanggalkan kacamata jenama Davidoff miliknya seraya memandang lurus ke hadapan. Seorang lelaki berjambang tidak kemas memandangnya sambil tersenyum. Dia mengeluh panjang. Ingatkan siapa, mangkuk hayun ini rupanya!
“Kau buat apa kat sini?” Temannya itu bertanya. Dia tidak menjawab. Malas menjawab sebenarnya! Matanya tetap melorot ke arah wajah gadis yang sedang dipandangnya sebentar tadi. Gadis itu sudah pun menjejakkan kakinya berhampiran sebuah kereta Waja Campro 1.9 berwarna hitam metalik. Yes! Dia tersenyum sumbing. Memang sah, itulah perempuannya!
“Woi kau dengar tak aku tegur ni?” Lelaki berjambang itu menyapa separuh menjerit. Dia terkejut katak. Hampir luruh jantungnya disergah begitu. Pantas dia melarikan matanya ke arah temannya Zaid. Inilah contoh manusia yang suka spoil kawan! Dia menggumam separuh geram. Lelaki itu ketawa kecil.
“Sejak bila kau suka melepak tak tentu hala ni? Dahlah melepak, termenung pulak tu macam baru lepas mati bini.” Zaid sekadar bercanda. Dia merenung lelaki di hadapannya tidak berkelip. Oh tuhan! Kenapalah aku boleh ada teman sekolah macam ni dulu! Sengal! Tapi agak logik juga dia berkawan dengan Zaid, kerana rupa Zaid sama sahaja dengan rupanya sekarang. Selekeh dan serabai! Tapi lupakan sahaja Zaid dan tahap serabainya. Kerana yang lebih penting baginya adalah gadis tersebut. Gadis itu adalah matlamatnya. Bukan matlamat untuk dijadikan bini atau teman istimewa. Tetapi matlamat untuk dia membuktikan pada Encik Fauzi dan abang Samadnya, bahawa dia..Kojie boleh melakukan kerja ini sendirian tanpa pertolongan Samad bin Umar merangkap abang angkatnya yang tinggal berhampiran dengan rumahnya.
Kerana malas mahu melayan Zaid yang tersengih-sengih menayang gigi, dia segera melangkah meninggalkan lelaki itu. Destinasinya dihalakan ke suatu arah. Tumpuan dan misinya harus diteruskan, atau dia akan dibambu oleh Encik Fauzi di pejabat. 
Matanya masih terperosok pada kelibat gadis yang sedang sibuk mencari-cari sesuatu di dalam tas tangannya. Zaid hanya terpinga-pinga apabila dirinya ditinggalkan begitu saja. Matanya tak putus-putus memerhatikan kelibat temannya yang sedang merapati seorang gadis. Zaid tiba-tiba tersenyum sumbing. Ini mesti nak mengorat ni! Hai Kojie..Kojie….kalau ya pun nak mengorat perempuan, pergilah suluh diri dulu kat depan cermin. Zaid ketawa kecil. Sedikit pun dia tidak menyedari, dirinya sama sahaja dua kali lima.
Kojie tercegat memerhatikan ke arah gadis tersebut. Si gadis kelihatan sedang mencari-cari sesuatu dari dalam tas tangan. Sebentar kemudian, segugus anak kunci dikeluarkan dari dalam tas tangannya sebelum dia menghalakan muncung anak kuncinya pada tubuh keretanya. 
Namun belum sempat si gadis mahu membuka pintu kereta, sesusuk tubuh tiba-tiba bersandar di badan keretanya. Si gadis berpaling. Melihat seorang lelaki memandangnya dengan wajah separuh siap, dia mengerutkan dahinya. Hairan! Siapa pulak ni?
“Awak siapa?” Dia bertanya dengan nada jengkel. Mungkin kalau lelaki itu berpakaian kot kemas dengan tali leher atau sekurang-kurangnya berkemeja jenama Polo, mungkin ‘sound’ suaranya akan lebih ‘lower’. Fitrah alam! Yang handsome dijeling, yang selekeh dijulingkan.
“Cik Bella?” Sang lelaki bertanya. Dia mengangguk dengan wajah bingung.
“Ya saya Bella. Anabella Ibrahim.” Dia menyebut namanya lambat-lambat, meskipun dia tidak pasti apakah yang dimahukan oeleh lelaki itu sebenarnya. Matanya menjeling lelaki di hadapannya dari atas ke bawah. Gosh, what a mess! Dia mengeluh. Melihat penampilan lelaki di hadapannya, dia langsung tidak berkenan. Sudahlah selekeh, pakai kasut pun koyak sana sini. 
Bulat biji matanya menjeling hujung kasut si lelaki yang sudah berlubang menampakkan satu ibu jari. Anabella menelan air liur. Hishh tak lulus langsung kalau nak masuk dalam kategori lelaki idaman aku. Kalau ada tapisan tiga kali, tapis kali pertama pun tak lepas-lepas ni. Kirim salam sajalah! Dia tersengih sendiri seraya menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Saya Kojie….”
“Maaflah kalau awak nak jual apa-apa barang, saya tak berminat langsung nak membeli zaman-zaman ekonomi gawat ni. Will you excuse me.” Dia memintas sebelum lelaki itu sempat menghabiskan kata-katanya.
Kojie tergaman seketika. Namun sebentar kemudian, dia tergelak sendiri. Hihih perempuan ni, kelakar pulak aku tengok! Muka aku ada gaya muka salesman ke? Kojie menggaru kepala.
Sebaik dia melihat Anabella sudah mula membuka pintu kereta di bahagian pemandu, dia segera menolak pintu kereta di sisi Anabella. Pegangan gadis itu terlepas. Anabella terkejut besar. Tercengang melihat reaksi lelaki itu, yang seolah-olah cuba menghalangnya dari beredar. Tiba-tiba angin selat selatannya datang memuncak. Dia merasakan tindakan lelaki itu adalah satu tindakan yang kurang wajar dari orang yang kurang waras. Gila ke apa dia ni? 
Anabella meraut wajah Kojie dari atas ke bawah. Kalau dipandang dari segi penampilan, tak mustahil apa yang terbuku di kepalanya satu kenyataan. Zaman sekarang, apa sahaja boleh berlaku. Sedangkan orang yang nampak normal pun, sebenarnya gila. Inikan pula orang gila yang berpakaian selekeh macam ni! Entah kenapa hatinya kuat berprasangka begitu. Dia mula curiga dengan lelaki itu.
“Minta maaflah saya tak ada masa nak melayan awak ni. Boleh tak awak pergi main jauh-jauh, jangan ganggu saya. Saya ni busy, tak senang.” Dia menghalau lelaki itu dengan nada lembut tapi sinis. 
Kojie mengetapkan bibirnya. Wajah Anabella yang masam mencuka dibuat endah tak endah.
“Cik Bella, at least dengarlah dulu apa saya nak cakap ni. Saya datang ni bertujuan. Bukan nak jual barang atau nak minta sedekah, kalau itu yang Cik Bella fikirkan.” Ujarnya sambil menyusun mukaddimah.
Anabella memandang lelaki itu dari atas ke bawah. Dahinya berkerut. “Habis tu? Awak ni siapa?”
Kojie menarik nafas. “Saya ni sebenarnya wakil pihak bank, datang nak tarik kereta Cik Bella yang hitam berkilat ni.” Dia segera menjelaskan maksud kedatangannya. Sebelum gadis itu mengarut yang bukan-bukan, lebih baik dia dahulu bersuara. Kata-katanya berjaya membuatkan gadis itu tersentak. 
“Apa? Nak tarik kereta saya? Heh awak dah gila ke?” Kasar suara itu meningkah. Dia terpegun. Mak oii, kuatnya suara! Dia memandang di sekitar kawasan parking lot itu. Ramai orang yang lalu lalang di situ, sudah mula memandang ke arah mereka. Tertarik oleh suara tengkingan Anabella yang melengking-lengking bagaikan bunyi biola rosak.
Kojie menelan air liur berkali-kali. Wajah Anabella seperti singa betina di matanya kini. Dan wajah gadis itu yang beremosi bukan kali pertama ini dilihatnya. Sejak dia menceburi profesion ‘penarik kereta terhormat’, dia sudah lali dengan pelbagai kerenah dan ragam manusia-manusia yang culas mahu membayar hutang ansuran kereta.
Malah sejak dia mengikut Samad bekerja sambilan dengan pihak bank yang mengupahnya, sudah berpuluh-puluh kali dia melihat angin orang yang keretanya hendak ditarik. Ada yang meraung, ada yang menangis dan ada juga yang pengsan. Tapi yang marah-marah lebih ramai! Yang mengejarnya dengan parang? Adalah seorang dua! Itu pun mujur dia datang bersama abang Samad. Dan setiap kali, yang mengeluarkan parang itu lebih berminat mengejar abang Samad yang berwajah hitam legam dari dirinya. Mungkin kerana wajah abang Samad lebih menyakitkan hati orang tersebut berbanding dirinya.
“Awak tak bayar kereta ni dah dekat enam bulan. Memang patut pun kena tarik.” Jawab Kojie, masih mempertahankan tindakannya.
“Tolong sikit ya, saya bayar kereta ni tiap-tiap bulan tak pernah miss. Lagipun awak tahu saya siapa? Saya eksekutif kat syarikat kapal tau.” Anabella menempelak. Bunyinya sombong dan ‘extremely stupid’. 
Kojie menggaru kepala tidak gatal. Bingung dengan kata-kata gadis itu. Apa kena mengena pulak jawatan kau dengan kereta ni? Aii takkan eksekutif syarikat kapal tak mampu bayar RM700 sebulan untuk kereta Waja Campro kut! Dia tersengih sinis.
“Kalau ikut rekod, awak dah lima bulan lebih tak bayar duit ansuran kereta awak ni kat Finance. Hal awak dengan pihak bank, itu urusan awak. Yang saya tahu, hari ni saya kena tarik kereta awak ni. Bagi saya kunci kereta awak tu.” Dia menghulurkan tangannya. Anabella membeliakkan matanya besar-besar.
“In your dream! No way saya nak bagi kereta saya sesenang tu kat orang. Kalau awak tak nak blah dari sini, nanti saya jerit panggil polis!” Ugut Anabella. Geramnya sudah ke tahap red alert! Sikit lagi si supernova ni nak meletup! 
“Hah nak jerit? Okey jeritlah! Lagi senang kalau polis datang nanti, lagi cepat kerja saya selesai.” Kojie membalas, turut panas hati kali ini. Dia yang berhutang, kita pula yang disalahkan! Rungut Kojie turut merasa geram.
“Awak ingat saya main-main?” Anabella menukas.
“Tak..saya percaya. Apa yang awak cakap saya percaya bulat-bulat.” Jawab Kojie selamba. Sengaja mahu mencabar kesabaran gadis itu.
“Betul ni saya jerit?”
“La suara awak, bukannya suara saya. Jeritlah kalau berani!” Cabar Kojie.
Anabella memandang lelaki itu tidak berkelip. Gerak geri Kojie selamba memandangnya. Anabella merenggangkan bibir. Kojie hanya tersenyum. Bila Anabella menampakkan gigi putih tersusun, senyuman lelaki itu makin melebar. Huh kau takkan berani punyalah! Kojie cukup yakin!
“Polissssss…tolong!!!!!” Jerit Anabella sekuat hati. Senyuman Kojie tiba-tiba mati. Dia membeliakkan matanya. Hampir tidak percaya. What the hell? (to be continue..)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN