Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Saturday, July 4, 2015

Telemovie Cahaya Malaika Diulangtayang TV3 Hari Ini

♥ Assalamualaikum ♥

Telemovie Cahaya Malaika Diulangtayang TV3 Hari Ini. Drama ini pernah ditayangkan di slot cerekarama suatu ketika dulu. Hari ini cik akak buka tv...tengok ada ulangtayang. Apa lagi..terus layan. Drama ini memang drama yang memainkan emosi penonton. Sedih tengok tau. Tak percaya jom layan sekarang. Dengan karenah ibu saudara yang menginginkan rumah peninggalan arwah ibu ezra. Apa yang akan terjadi kepada hanna puteri sulung mereka....saksikan telemovie Cahaya Malaika.

Telefilem arahan Raja Mukhriz ini dibintangi Que Haidar, Sharifah shahora, Riz Amin, Roy Azman, Normah Damanhuri dan ramai lagi. 

Que melakonkan watak Ezra berusia 30an seorang penulis yang menghadapi saat sukar untuk menghasilkan novel seterusnya dibebani hutang yang banyak sekaligus membuatkan isterinya Lily dan anak mereka Hanna turut mendapat tempias kesusahan terbabit.

Ezra membawa keluarga ke kampung, tinggal di rumah peninggalan arwah ibunya untuk lari daripada Along dan mahu memulakan kehidupan baru. 

Namun dia tidak mengetahui yang Mak Ngah, adik kepada arwah ibunya mahukan rumah peninggalan itu untuk dijadikan rumah inap. Kehidupan Ezra semakin sukar, dia gagal menyiapkan novelnya dan isterinya Lily pula mengambil keputusan meninggalkan Ezra dan Hanna untuk mengejar kekayaan dengan menjadi 'high class escort' di bandar. 

Antara adegan menarik dalam telefilem Cahaya Malaika.


Ezra yang tertekan mula rasa kepayahan menjadi bapa tunggal membesarkan anaknya, ditambah dengan Mak Ngah yang mula bencikan Ezra hanya kerana rumah peninggalan tersebut. 

Sudah jatuh ditimpa tangga, Ezra yang sering tertekan dan sakit kepala, disahkan mengidap barah otak. Ezra bertekad untuk menghabiskan novelnya untuk menjamin masa hadapan Hanna dan dalam masa yang sama mahu terus melawan sakit dan haknya pada rumah peninggalan rumah arwah ibunya itu. 

Antara adegan menarik dalam telefilem Cahaya Malaika. 


Lily yang menyedari akan kesilapannya meninggalkan Ezra dan Hanna mula merasakan kekayaan tidak menjamin kebahagiaannya. Dia mahu kembali semula kepada Ezra namun semuanya sudah terlambat. Que ketika berhubungannya menerusi aplikasi khidmat WhatsApp memberitahu penonton akan menyaksikan mainan emosi dalam cerita ini. "Kena sedia tisu sebab cerita ini pasti mengundang air mata,"

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN