Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Monday, June 8, 2015

Malaysia Tewaskan Brunei 2-1 : Sukan SEA Singapura 2015

♥ Assalamualaikum ♥

Malaysia Tewaskan Brunei 2-1 : Sukan SEA Singapura 2015

 

Singapura: Skuad bawah 23 tahun negara (B-23) menewaskan Brunei B-23, 2-0 pada perlawanan keempat Kumpulan B Sukan SEA Singapura di Stadium Bishan, hari ini.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu bangkit menjaringkan gol pada babak kedua selepas terikat 0-0 pada 45 minit pertama.
Pemain gantian, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan menjaringkan gol pertama pada minit ke-71 sebelum Adam Nor Azlin menyumbat gol kedua enam minit kemudian.
Kemenangan itu memastikan skuad negara mengumpul enam mata namun tidak cukup untuk melangkah ke separuh akhir selepas merekod dua kekalahan sebelum ini kepada Vietnam dan Thailand.
Malaysia akan melengkapkan aksi kumpulan menentang Laos Khamis ini.

1 comment:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN