Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Monday, June 8, 2015

Gunung Berapi Hanya Terdapat Di Tawau Dan Semporna, Sabah

♥ Assalamualaikum ♥

Gunung Berapi Hanya Terdapat Di Tawau Dan Semporna, Sabah

Isu gempar bumi di Ranau, Sabah telah membuka sejarah lama tentang kewujudan gunung berapi di Negeri Sabah. Menurut sumber, Gunung Berapi tersebut di Daerah Tawau dan Semporna. 

  • Gunung Maria, di Daerah Tawau, Sabah. < SINI >
  • Gunung Tannabalu, di Daerah Semporna, Sabah. < SINI >
Kemungkinan masih ada lagi kewujudan bekas-bekas gunung berapi di sabah. 

Soalan : Berikutan gempa bumi ini, orang ramai tertanya-tanya sekiranya akan berlaku letupan gunung berapi pula di Gunung Kinabalu?

Jawapan : Di Ranau, terdapat intrusi batuan igneus akibat mampatan oleh interaksi tiga plet di atas. Intrusi batuan yang lebur ini juga satu cara untuk melepaskan tenaga tersimpan melalui sesar aktif.

Jadi di Ranau bukan terjadi volkano, seperti yang dipercayai orang ramai. Maka itu, Gunung Kinabalu tidak akan meletup.

Gunung berapi hanya terdapat di Tawau dan Semporna, di mana pernah berlaku letupan beberapa puluh ribu tahun dahulu. Kawah gunung berapi masih kelihatan di Tawau.

Intrusi batuan igneus Gunung Kinabalu berlaku sekitar 7-8 juta tahun dahulu. Kini ia sudah sejuk di permukaan tapi masih ada sisa haba di bahagian dalam (beberapa km).

Air panas Poring mendapat sumber haba dari ini apabila air hujan masuk dalam bumi melalui sesar-sesar yang masih aktif.

Semasa gempa bumi kelmarin, air panas Poring menjadi sangat keruh selama beberapa jam. Gegaran gempa bumi nampaknya telah mengeluarkan mineral lempung yang terendap di celah-celah sesar ini. 
Akibatnya pengaliran air panas Poring lebih lancar dan lebih panas.

Sumber : 7 perkara yang anda perlu tahu mengenai kejadian gempa bumi di Ranau

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN