Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Thursday, May 28, 2015

Wak Mustar Johan Kilauan Emas Musim Ke- 5, 2015

♥ Assalamualaikum ♥

Wak Mustar Johan Kilauan Emas  Musim Ke- 5, 2015

Finalis kegemaran ramai, Wak Mustar telah ditabalkan sebagai juara Kilauan Emas musim yang kelima (KE 5). 

Peserta berasal dari Selangor itu, Mustaffa Rasyid Abd Jabar, 47, atau Mustar menggondol hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah motorsikal sumbangan Royal Enfield bernilai RM50,000, sebuah kerusi urut sumbangan Go Shop beserta trofi. 

Mustar, yang bekerja sebagai tukang kayu itu turut menerima Anugerah Khas Juri dan membawa pulang RM10,000. Sementara itu naib juara menjadi milik Wan Muhammad Logan Wan Abdul atau Elji, 44, yang telah membawa pulang hadiah tunai berjumlah RM50,000, perkakas masakan sumbangan Go Shop berserta trofi. 


Manakala tempat ketiga milik Mursalim Muhidin atau Aling, 44 dan melayakkan dia menerima hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, perkakas memasak sumbangan Go Shop berserta trofi. 


Satu-satunya peserta wanita, Hazlina Wati Zainuddin, 42, atau Lina terpaksa berpuas hati apabila diumumkan sebagai pemenang tempat keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi. 


Konsert akhir KE 5 telah diadakan secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB pada malam Rabu dan disiarkan secara ekslusif di Astro Prima (105) dan Maya HD (135). Para peserta telah diadili oleh tiga juri tetap iaitu Datuk Hattan, Erra Fazira dan Datuk Ramli MS dan juri jemputan Datuk Rosyam Nor. 


Program dikendalikan oleh pengacara popular, Raja Azura.
 

Tag sumber : astrogempak

4 comments:

  1. Owh... Smlm yg final nya... Tgk bola smlm.. Hehe.. Tapi.dh xde astro.. Tak tahu lak..

    ReplyDelete
  2. Wah...rezeki dia kan...hebat pak mustar ni...

    ReplyDelete
  3. Tahniahlah kat sapa-sapa yang menang. Kamek sik kenal gilak ngan Wak Mustar tok. Sikda Astro kat rumah.

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN