Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Sunday, May 3, 2015

Slot Samarinda Terbaru Adaptasi Novel Bukan Isteri Sempurna Karya Tulip Ungu

♥ Assalamualaikum ♥

Slot Samarinda Terbaru Adaptasi Novel Bukan Isteri Sempurna Karya Tulip Ungu

Sebelum ini cik akak pernah review novel Bukan Isteri Sempurna di entri INI. Info terbaru drama adaptasi ini bakal ditayangkan 05 Mei 2015 ini. Ditayangkan melalui slot samarinda. 

Slot Samarinda Terbaru Adaptasi Novel Bukan Isteri Sempurna Karya Tulip Ungu


Sinopsis Novel Bukan Isteri Sempurna : Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.
Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.
Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”
Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”

Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”
“Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu. Namun... bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI SEMPURNA.”

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN