Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Friday, May 8, 2015

Nahas DUKE: Dua pemandu Myvi Mengaku Tidak Bersalah

♥ Assalamualaikum ♥

Nahas DUKE: Dua pemandu Myvi Mengaku Tidak Bersalah


DUA pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE), Mohamad Fizal Reza Jamauddin, 31, (kiri) dan Siti Noor Aini Mohd Said, 35, (menutup muka) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian tiga beranak, awal pagi Sabtu lalu. - Foto Khairull Azry Bidin

KUALA LUMPUR: Dua pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik di sini, hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian tiga beranak, awal pagi Sabtu lalu. 

Tertuduh, pembantu pengurus restoran ,Siti Noor Aini Mohd Said ,35 dan juruteknik, Mohamad Fizal Reza Jamauddin, 31, masing-masing membuat pengakuan itu selepas tuduhan yang dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan. 

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian kepada Fairuz Nizam Husain, 35; Nova Safitri Azhari, 27, dan Nur Firuza Annisa Fairuz Nizam, tujuh bulan di Lebuh raya DUKE Kilometer 6.2 dari arah Ulu Klang menghala ke Jalan Duta di sini, pada jam 1.05 pagi, 2 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun denda maksimum RM20,000 selain lesen memandu digantung.

Selanjutnya di : Berita harian

11 comments:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN