Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Saturday, April 25, 2015

#Running Man : 11 fakta menarik tentang Lee Kwang Soo

♥ Assalamualaikum ♥


#Running Man : 11 fakta menarik tentang Lee Kwang Soo


11 fakta menarik tentang Lee Kwang Soo.

1. Air minuman kegemaran Kwang Soo ialah Coke oleh sebab itu tidak hairanlah mengapa nama twitternya ialah @masijacoke85.

2. Kwang Soo alegi kepada kacang Gingko, malah dia juga mendedahkan peristiwa yang hampir meragut nyawanya gara-gara termakan kacang tersebut.

3. Dia juga tidak boleh makan makanan yang terlalu pedas.

4. Kwang Soo gemar melukis komik dan grafiti sehingga pernah bercita-cita ingin menjadi seorang pelukis namun tidak mendapat sokongan keluarga.

5. Mempunyai rabun jauh dan hanya akan memakai kanta lekap semasa bekerja sahaja.

6. Pernah mempunyai teman wanita dalam bidang yang sama (pelakon) tetapi sehingga kini masih tidak tahu siapakan gerangan wanita tersebut.




7. Pelakon ini juga pernah mengalami masalah berat badan namun selepas menjadi model dia kemudiannya rajin bersenam untuk mencapai berat badan ideal.

8. Warna kegemarannya ialah hitam. Hampir kesemua koleksi pakaiannya adalah warna tersebut.

9. Sangat rapat dengan Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo. Malah Kwang Soo juga menganggap mereka seperti abang dan kakaknya sendiri.

10. Peminat fanatik kepada Yuri (Girl Generation).

11. Tidak pandai menari. (Ya Kwang Soo semua orang tahu yang ni hihihi)


Sumber : Astro Gempak

5 comments:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN