Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Sunday, April 5, 2015

Novel Aurora Hidupku

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Aurora Hidupku


Minah kecik ni sejak tengah hari tadi asyik ‘berangin’ semacam aje. Sikit-sikit nak jeling orang. Sekarang ni, orang nak tumpang basuh tangan pun nak marah ke?

Kalau ye pun nak tumpang basuh tangan, berdiri kat tepi aku ni tak boleh ke? Nak juga menempek kat belakang aku. Karang orang nampak tak pasal-pasal salah faham ingat kita ni tengah buat ‘drama swasta’ dekat dapur! Hati Sharlyna menggerutu geram sewaktu badannya sedikit bersentuhan dengan Ashraf.

“Amboi pengantin baru ni, dekat singki pun nak main peluk-peluk jugak ke?”

Suara yang menegur tadi sudah meledak ketawa. Ashraf buat muka toya pada jelingan Sharlyna. Dia hanya tertawa kecil apabila isterinya mahu menyiku perutnya. Segera dia mengelak.

“Try harder sayang,” bisiknya perlahan ke telinga Sharlyna yang dilitupi tudung.

“Ash, dahlah tu. Pergi bawak isteri kau ni duduk dekat depan sana. Biar tuan rumah yang buat kerja cuci mencuci ni.” Abang Remy meletakkan plastik hitam yang penuh berisi pinggan dan cawan polisterina yang sudah digunakan di luar pintu rumah.


Sinopsis Novel Aurora Hidupku


Ashraf pernah kecewa kerana cinta. Sharlyna pula setia kepada Shahrul Shah yang hilang tanpa khabar berita setelah menabur janji setia mahu membina bahagia bersama. Sharlyna membenci, Ashraf pula berdendam.

Takdir menemukan mereka dalam satu insiden yang tidak terjangka. Sehinggalah berlakunya satu lagi insiden hitam yang telah mengikat kedua-duanya dengan perkahwinan.

Perlahan-lahan cinta hadir menyerikan rumah tangga Ashraf dan Sharlyna. Baru seketika mendakap bahagia, mereka diduga dengan kemunculan semula Shahrul Shah yang membawa berita yang mengejutkan. Tambah parah apabila ia turut melibatkan Ashraf. Sebab mengapa ShahrulShah tega meninggalkan Sharlyna, juga masa silam Ashraf. Kini, kedua-duanya menyebabkan nyawa Sharlyna menjadi taruhan.

Selamatkah Sharlyna? Siapa pula Ku Rell yang tak letih mengekori Sharlyna? Antara Ashraf dan Shahrul Shah, yang mana satu menjadi pilihan Sharlyna?

Sumber Tags : kakinovel.com

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN