Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Friday, April 3, 2015

Jangan Sentap Tengok Earning Akaun Nuffnang Cik Akak

♥ Assalamualaikum ♥

Jangan Sentap Tengok Earning Akaun Nuffnang Cik Akak

Alhamdulillah sejak pageview menaik 10K sehari. Kini akaun nuffnang cik akak memang mendapat income yang agak lumayan. Kalau dulu dapat sen-sen. Tapi sekarang dapat angka yang lebih besar. Pageview naik, maka uniques nuffnang bakal menaik. 

Dulu-duluan memang agak payah nak dapat RM50.00 dalam jangka masa yang singkat. Tapi sekarang seminggu dua minggu memang memberangsangkan untuk dicashout...

Mungkin anda teruja dengan income nuffnang cik akak. Tapi semua tu berkat kerjasama rakan blogger yang tak jemu membantu cik akak. Bukan senang nak dapat duit free dengan hanya online blog. Mungkin pada permulaan memang agak sukar. Bila dah tahu strategi memang senang. Mungkin hanya di hujung jari.

Sejak 2 tahun lebih menulis blog. Dengan hanya perasaan cinta dan minat menulis. Alhamdulillah nuffnang memang menolong cik akak. Setakat setia dengan nuffnang. Cik akak dah pernah cashout RM430.00. 

Terkejut dan teruja....bagi yang kerjaya lebih mantap nilai tu tak lah banyak mana kan. Tapi bagi student...wow memang angka yang banyak...




Satu CPUV @ BE cik akak boleh dapat RM16.28 dan RM14.82. Kalau dicampur alhamdulilah angka tu menjadi RM31.10. Itu baru satu CPUV@ BE sahaja. Cuba lihat earing yang lain. Walaupun hanya sen-sen tapi ia amat membantu.

Nak Rahsia Earning Nuffnang Cepat Naik.....

Senang je....Dapatkan CPUV@BE hanya dengan selalu up entri dan updates survei. Jangan lupa rajin hantar tiket. Petua ini wajib bagi semua blogger...

Bila dah dapat seketul dua CPUV @ BE Nuffnang. Perkara kedua....mesti naikkan trafik blog. 
Uniques Nuffnang memang membantu. Semakin banyak pengunjung yang datang..semakin banyak peluang untuk meningkatkan earning nuffnang anda.




Untuk pengetahuan Blogger yang disayangi....
Bukan sekadar dapat CPUV @ BE sahaja kita boleh dapat naikkan earning nuffnang...tetapi inilah rahsia paling mudah...iaitu Cost-Per-Click. Mudah kan...hanya dengan klik iklan nuffnang yang berlegar-legar di blog. Pastinya dapat membantu. Teknik ini kenalah ada kerjasama antara blogger. Tak tolong klik...mana lah ada hasilnya...Bantu-membantu..insyaAllah rezeki ada...

Seminggu boleh dapat berpuluh-puluh ringgit kalau rajin tau...jangan lupa tinggalkan jejak..kiki..kang terlupa pula orang nak klik balik kan.



Akhir sekali cik akak kongsikan uniques nuffnang cik akak dalam tempoh minggu ini. Alhamdulillah...selagi ada usaha nak tingkatkan pageview blog. InsyaAllah earning nuffnang anda pun akan naik. Percaya kepada rezeki Allah...dengan nawaitu yang ikhlas...insyaAllah pasti membantu...

Inilah mereka...rakan blogger yang banyak membantu cik akak tingkatkan nilai nuffnang cik akak. Terima kasih daun keladi ye....jangan lupa klik lagi..hahaha...

salam jumaat untuk rakan blogger.....sekian..entri panjang lebar cik akak...bisik-bisik rahsia dapatkan income nuffnang.

11 comments:

  1. Akhirnya berbaloi update blog hari-hari kan..:)

    ReplyDelete
  2. banyaknya cik akak.tahniahhh. jemput la klik yg nik punya jugakk hehehee.:)

    ReplyDelete
  3. tahniah Cik Akak dan terima kasih sbb sudi kongsi tips² tu...saya akan follow tips cik akak....TQQQQQ

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN