Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Friday, April 3, 2015

Izreen Azminda sedang membiasakan diri bertudung

♥ Assalamualaikum ♥



KUALA LUMPUR: Pelakon Izreen Azminda menjelaskan dia kini sedang membiasakan diri dengan imej bertudung yang sudah lama dihajatinya.
Sejak dua minggu lalu juga ibu tunggal kepada Adrian Umar ini mengakui watak Damia Farisha dalam drama 'Eksperimen Cinta' terbitan Zeel Production turut memerlukannya bertudung.
"Saya dalam proses membiasakan diri keluar rumah dengan menutup aurat. Ia umpama tempoh serta proses percubaan buat saya untuk menjadi manusia yang lebih baik. Insya-Allah doakan yang baik-baik saja ya.

Izreen Azminda sedang membiasakan diri bertudung

"Insya-Allah selesai penggambaran drama Eksperimen Cinta ini saya akan nekad dengan keputusan menutup aurat sepenuhnya. Ini kerana masih ada keperluan babak yang memerlukan saya membuka tudung.
"Jadi saya harap penjelasan ini tidak akan menimbulkan komen sebaliknya. Saya sentiasa berdoa semoga Tuhan menguatkan hati saya untuk fasa baru ini. Niat bertudung ini sudah lama cuma kesibukan kerja membataskan," katanya yang bergandingan dengan Fahrin Ahmad untuk drama Eksprimen Cinta yang akan disiarkan TV3 tidak lama lagi.
Diaju pertanyaan apakah keputusan itu didorong dengan hasrat untuk berkahwin lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal bertahan, Izreen menafikan perkara itu.
"Memang tidak sebenarnya. Tapi saya memang akan berkahwin (dengan) Fahrin dalam drama Eksperimen Cinta menerusi watak Tengku Aaron Shah," seloroh hos Mahligai Cinta di TV3 itu.
Tags sumber : Berita Harian

2 comments:

  1. Amboi, macam buat main pula tudung tu. Macam takde iman je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah cik akak pun nak kata apa pun susah gak....
      kiki...

      Delete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN