Header Ads

Dapatkan Set Kombo Novel Di karyaseni.my - Novel Dalam Diam Aku Terpikat, Novel Kerana Cinta Itu Saktinya, Novel Mr. Stalker...Saya Cintakan Awaklah & Novel Dalam Keterpaksaan

♥ Assalamualaikum ♥

Dapatkan Set Kombo Novel Di karyaseni.my - Novel Dalam Diam Aku Terpikat, Novel Kerana Cinta Itu Saktinya, Novel Mr. Stalker...Saya Cintakan Awaklah & Novel Dalam Keterpaksaan

Meriah lah promosi novel sekarang ini. Harga yang ditawarkan pun berbaloi. Tapi tak gaji lah..haha...Macam mana nak beli. Mampu tengok je lah. Novel keluaran karyaseni.my ini memang elegen sangat. Dengan gaya muka depan yang hebat seta berkualiti. Serius cik akak jatuh cinta pandang pertama dengan iklan yang ditampilkan. 

Harga Berbaloi....

Harga berbaloi lah....dengan empat novel cuma RM102 bagi semanjung.
Sabah / Sarawak RM114....kos penghantaran percuma...ini lah yang cik akak cari..kos penghantaran percuma...lebih jimat..haha
Dapatkan Set Kombo Novel Di karyaseni.my - Novel Dalam Diam Aku Terpikat, Novel Kerana Cinta Itu Saktinya, Novel Mr. Stalker...Saya Cintakan Awaklah & Novel Dalam Keterpaksaan
Menerusi kombo ini akan terdapat 4 buah novel keluaran bulan Mac 2015 sahaja.
Dengan pembelian kombo ini anda akan mendapat (Buku Nota + Novel Kampung Girl) secara PERCUMA
***Novel Kampung Girl tidak boleh ditukar dengan novel-novel lain***
---
Tajuk: Dalam Diam Aku Terpikat
Penulis: Aulia Iman
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-92-5
Harga: RM27(Semenanjung) // RM30(Sabah & Sarawak)
---
SEKALI pandang sudah benci, dua kali pandang terus naik hantu. Begitulah keadaannya apabila Misha yang digelar monster bertemu dengan Si King Kong bernama Megat Danial. Dalam tak suka, si gadis yang begitu dibenci akhirnya menjadi srikandi yang menyelamatkan dirinya daripada tuduhan khalwat.
Kerana sikap Misha yang tegas dan kuat melawan, Megat Danial mengambil keputusan untuk membawa ibu yang selama ini dipinggirkan kembali pulang ke pangkuan. Dengan adanya gadis monster seperti Misha, dia yakin nasib ibunya akan terbela dan selamat daripada gangguan ibu dan bapa saudara yang begitu gilakan harta dan pangkat. Tapi, mahukah Misha menerima permintaannya semudah itu?
“Banyak lagi kerja lain yang boleh I buat selain jaga mummy you…  You fikir I ambil ijazah menjaga warga tua di universiti dulu?” – Misha
“Berapa sahaja yang you mahu, I akan bayar.”  –Megat Danial
“I nak sepuluh ribu!” -Misha
“You ingat, you jaga orang cacat?”  -Megat Danial.
Kerana kesudian Misha, hati keras Megat Danial lembut dengan sendirinya. Dia yang selama ini sering kali menyisihkan Zahara, si ibu, perlahan-lahan cuba menerima Zahara dengan hati terbuka. Dan takdir cintanya dengan Elmi Husna, a.k.a Misha pun bermula…
“Ini pertama kali saya dapat bunga daripada lelaki.”
Kalau saya tahu awak tak pernah dapat bunga, pasti saya akan cari bunga yang paling cantik untuk diberi kepada perempuan yang pertama kali mendapat bunga daripada saya.”
Saat kasih bersemi, ada jurang yang dalam cuba memisahkan cinta yang hadir  dalam diam. Kemalangan ngeri yang berlaku sewaktu pulang dari kampung halaman telah meragut keupayaan yang Megat Danial miliki hingga dia tegar melepaskan Misha pergi.
Tabahkah Misha melepaskan Megat Danial, calon pasangan syurganya itu begitu saja?

Tajuk: Kerana Cinta Itu Ada Saktinya
Penulis: April Snow
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-93-2
Harga: RM27(Semenanjung) // RM30(Sabah & Sarawak)
---
Magis bernama CINTA menemukan mereka berdua. Ibarat ikan di laut, asam di darat, di dalam belanga takdir bertemu juga. Fazwan Anuar, Si CFO penuh karisma tidak pernah menduga diri bakal melakar riwayat cinta dalam perjalanan hidup Aida Awliya; guru di taska anak angkatnya, Dian Khalisya.
Fazwan Anuar. Sejarah cintanya kecundang awal. Tanpa balah. Penuh reda. Aida Awliya. Kisah cintanya penuh warna indah dan melankolik. Tersungkur dek ketidakjujuran bekas kekasih. Aida dihumban ke gaung duka tatkala lelaki yang dicintai separuh nyawa memilih gadis lain sebagai suri. Aida sudah tidak percaya lagi pada cinta lelaki. Tidak lagi! Kehadiran Fazwan yang penuh pesona membuka lembaran baru dalam hidup Aida.
“Aida, saya sungguh-sungguh sukakan awak. Dan saya tahu detik dalam hati saya takkan bohong.” – Fazwan Anuar
“Mungkin mainan perasaan awak sahaja, Fazwan. Lupakan. Saya bukan yang sesuai untuk awak.” – Aida Awliya 
Demi mahu sentiasa di sisi Aida, Fazwan membawa Aida sepejabat dengannya. Kesungguhan Fazwan tanpa jemu lelah menanam benih cinta dalam jiwa mengembalikan percaya Aida pada magis cinta. Aida kembali merasai ajaibnya cinta seorang lelaki. Betapa indah dunia dengan cinta daripada seorang lelaki yang tulus mencintai.
“Saya mahu sentiasa jadi jaluran pelangi buat awan yang mulus seperti awak. Agar kita sentiasa boleh bertemu tak kira waktu. Sebab saya mahu jadi rembulan yang sentiasa memayungi kejora yang berkilauan seperti awak. Agar kita tetap bersama hingga fajar menyinsing keesokan harinya. Sebab saya mahu jadi laut yang sentiasa setia menemani duyung secantik awak. Agar kita boleh berenang merentas benua bersama tanpa lelah.” - Fazwan Anuar 
Sulaman bahagia yang menanti saat dipateri rasmi tergugat dengan pertemuan kembali Aida dengan bekas kekasih yang juga rakan sepejabat Fazwan dan Aida. Cinta Aida mahu diraih kembali. Cinta Aida mahu dimiliki semula.
“Jangan mimpi kau akan dapat dia, Fazwan. Dia milik aku. Aida milik Razman Zikry!” – Razman Zikry 
Onar keji yang dilakukan Razman meruntuhkan segala impian indah dalam jiwa Aida. Fazwan dijauhi. Fazwan dihindari. Hilang Aida buat Fazwan tekad menjejak belahan jiwa. Bisakah sakti cinta mengembalikan semula Aida kepada Fazwan? Mampukan sakti cinta Fazwan meyakinkan Aida bahawa gapura bahagia yang mereka bina tetap setia menanti kedatangannya? Bolehkah sakti cinta yang menemukan mereka dahulu menyatukan semula Fazwan dan Aida?

Tajuk: Mr. Stalker… Saya Cintakan Awaklah!
Penulis: Hannah Ezaty
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-49-5
Harga: RM33(Semenanjung) // RM36(Sabah & Sarawak)
 ---
NADINE TASYRIF…  Hidupnya berubah dalam sekelip mata apabila SYED RAZIQ RAFIQI  iaitu tunangnya berlaku curang. Dan lebih tragis apabila diri sendiri yang menangkap kecurangan tunangnya bersama perempuan lain di atas katil ketika hari bahagianya menjelang tiba.
Dalam pelarian memujuk hati yang luka, Nadine Tasyrif  bertemu satu per satu musibah dalam hidupnya. Dia terlibat dalam kemalangan ngeri yang menyebabkan dia dituduh sebagai pembunuh, pertunangannya putus di tengah jalan dan lebih parah kerjayanya sebagai seorang model dan selebriti popular carik setelah gosip liar bertebaran di media. Nadine Tasyrif semakin tersepit lalu mengambil keputusan untuk menghilang.
Kehadiran NILLA, si budak garang yang bekerja sebagai pembantu butik membuatkan perasaan Zein Asyraff, si jurukamera berperwatakan selamba mula kucar-kacir. Tapi semakin Nilla garang, semakin dia suka.
“Awak jangan macam-macam. Awak datang sini nak tempah baju atau nak tempah kemarahan saya? Kalau tak ada apa-apa urusan, baik awak keluar sebelum saya bertukar jadi manusia mutan dan siat kulit awak guna gunting ni! Awak pilih!” – NILLA.
“Whoaaa... Relaks! Garang sangat ni kenapa? Makan apa? Tebuan?” - ZEIN ASYRAFF.
ZEIN ASYRAFF… Kewujudannya ibarat bayang-bayang. Makin si gadis melarikan diri, makin dikejar oleh si jejaka sehingga si gadis mengambil keputusan untuk berhenti melangkah.
“I serius ni, Nilla. I tak main-main. I betul-betul nak lamar you. Bukan untuk jadi kekasih tapi I nak you jadi suri hidup I, jadi isteri I dan jadi ibu kepada anak-anak I.” - ZEIN ASYRAFF.
“Kalau awak berani dan gentleman, awak jumpa ibu bapa saya!” - NILLA.
Namun, dalam misi mencuri hati si gadis garang, Zein Asyraff tidak sangka Nilla menyembunyikan sesuatu dalam hidupnya. Dan Nilla pula tidak menduga takdirnya membawa kepada peristiwa yang dia cuba lupakan.
Apakah yang akan berlaku? Ke mana Nadine Tasyrif menghilang?  Dan siapa Nilla si budak garang yang membuatkan Zein Asyraff bagai nak gila mengejarnya siang dan malam?  

Tajuk: Dalam Keterpaksaan...
Penulis: Ieya Sya
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-50-1
Harga: RM31(Semenanjung) // RM34(Sabah & Sarawak)
---
Detik pertemuan pertama antara Danisya dan Raiqal di Kuala Lumpur membuatkan kehidupan mereka berubah serta-merta. Tanpa mengenali sesama sendiri, status mereka berubah tanpa kerelaan diri. Menjadi penyelamat si gadis daripada dinodai, kini Raiqal Adif dan Danisya bergelar suami dan isteri!
Dalam keterpaksaan, Danisya cuba menyesuaikan diri biarpun si suami lagak gayanya macam Iron Man dan Incredible Hulk yang bersatu dalam diri! Ditengking, dimarahi, namun Si Danisya ini hanya melayani kerenah si suami lebih-lebih lagi mereka berdua kini tinggal bersama keluarga pihak lelaki.
Kenapalah aku juga yang kena hantar ubat dekat Si Iron Hulk ni! Buatnya dia sembur aku dengan kuasa besi dia tu, tak pasal-pasal aku bertukar jadi patung besi. Naya aje! – DANISYA.
“Kau merepek apa ni perempuan? Keluarlah...” – RAIQAL.
“Saya tak merepeklah. Dulu masa saya sakit, awak bukan main paksa saya pergi klinik makan ubat. Bila awak sakit, takut nak makan ubat. Awak ni pandai ajar orang tapi diri sendiri tak reti nak ajar.
“Kau jangan membebel boleh tak? Sini ubat tu! – DANISYA.
“Pandai pun.” – DANISYA.
Siapa kata orang yang gah akan tetap di atas dan orang yang di bawah akan sentiasa di bawah? Tengok hari ini Danisya dah buktikan yang si tikus pun boleh buat Si Iron Hulk ikut arahan. Padan muka si besi hijau tu!
Apa yang aku pernah cakap dekat kau, lupakan saja. Aku, Raiqal tak pernah mencintai kau, Danisya,” – RAIQAL.
Tapi…
Siapa Raiqal untuk melawan takdir yang telah ditentukan Tuhan?
Siapa pula Amzar, Natasya, Aziera, Danish dan Amanda yang mengharu-birukan cerita rumah tangga Si Danisya dan Si Raiqal ini?
Kekal bahagiakah hubungan atas aturan takdir Tuhan ini?

Sumber tags : karyaseni.my

3 comments:

  1. Panjangnye tajuk entry, muehehehe >.<
    Tapi betul la Cik Akak, belum gaji lagi. Kalau tak, dah boleh rembat 1 T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tak boleh singkatan dik sha..nanti orang tak faham...panjang tak pe....janji gempak..haha

      Delete

Powered by Blogger.