Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Tuesday, February 3, 2015

Azmil tinggalkan segala-gala demi Mentor Legend - Bakal Juara Pilihan Cik Akak [Mentor Legend]

♥ Assalamualaikum ♥

Azmil tinggalkan segala-gala demi Mentor Legend Berjaya menyalurkan tenaga dan penghayatan menyakinkan menerusi persembahannya malam itu, Azmil tidak dinafikan meletakkan penanda aras terhadap saingan program itu kali ini. 


Bukan mudah untuk diyakinkan seseorang penyanyi kerana vokal saja tidak memadai. Tanpa penjiwaan dan ketulusan dalam penyampaian tapi peserta kelahiran Tawau, Sabah itu berjaya menguasainya. 


Azmil menyertai program itu memang mahukan kemenangan. Malah, dia mengakui itu adalah impiannya sejak sekian lama hingga sanggup berhenti kerja serta menamatkan perniagaannya. 


"Banyak sebenarnya yang saya lepaskan demi mencapai impian sekian lama untuk menjadi penyanyi. Selain merantau meninggalkan kampung halaman tercinta, saya juga terpaksa melepaskan kerjaya sebelum ini. "Itulah risiko yang saya ambil dan bersyukur dipilih kak Dayang untuk ke peringkat seterusnya. 


Perjalanan baru saja bermula dan saya tidak akan sekali-kali mensia-siakan peluang ini. Saya kena kerja keras," katanya yang sebelum ini bekerja di sebuah taman tema terkenal di Johor serta berniaga kecil-kecilan. 


Bagi Dayang pula, dia terpaksa menilai daripada segi persembahan penentuan malam itu sama ada mahu memilih Azmil ataupun Sarah. "Sandra memiliki 'tone' suara yang sangat relevan pada masa ini. 


Azmil pula memang cukup sedia untuk pertandingan besar sebegini dan kerana itulah saya benar-benar dalam dilema. "Bagaimanapun, menilai persembahan malam ini, Azmil berjaya menonjolkan semua kriteria yang saya mahukan untuk bertanding dalam program ini. Apapun, saya juga tidak akan sekali-kali mensia-siakan bakat Sarah dan sudah ada perancangan buatnya," katanya. - 

See more at: SINI

10 comments:

  1. Moga setiap usaha berbalas dengan 1001 kenanisan dan kejayaan..insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. tengok juga malam ahad hari tu persembahan dia :)

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum.. naomie,

    moga azmil berjaya dalam apa yg dicita2 kan,...

    mselim3

    ReplyDelete
  4. kump B sape yg tpilih? x tgk la aritu.huhu

    ReplyDelete
  5. pilihan kita sama akak ...
    http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Semoga Azmil berjaya dalam dunia yang di ceburinya...

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN