Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Wednesday, January 7, 2015

[Promo] Dahlia - Asam Pedas Untuk Dia - 10/1/2015 by KoleksiDrama [SINOPSIS NOVEL ASAM PEDAS UNTUK DIA]

♥ Assalamualaikum ♥


SINOPSIS NOVEL ASAM PEDAS UNTUK DIA 

Asam Pedas Untuk Dia mengisahkan Ainin Sofiya yang merupakan seorang pembantu rumah separuh masa di rumah majikannya, merangkap suaminya sendiri. Tugas Ainin Sofiya bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadanya. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat pujian. 

Dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedas Ainin Sofiya menjadi kegemaran Ziyad. Namun tidak Ainin Sofiya sangka, Ziyad ingin melamarnya, hanya kerana ingin membantunya dari segi kewangan. Ainin Sofiya bukan mata duitan! Dia hanya bekerja di rumah tersebut dengan hasil usahanya sendiri. 

Setelah berfikir panjang, Ainin Sofiya menerima lamaran Ziyad, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Ainin Sofiya juga tidak dibenarkan hamil. 

Malah, Ainin Sofiya tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila Ainin Sofiya harus berlakon dan menyorok statusnya? Jiwa Ainin Sofiya terseksa menjadi isteri rahsia Ziyad walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaannya. Hidup Ainin Sofiya terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya.


[Promo] Dahlia - Asam Pedas Untuk Dia - 10/1/2015 by KoleksiDrama

Satu lagi drama adaptasi daripada novel bertajuk 'Asam Pedas Untuk Dia' karya Nureen Mirza. Drama arahan Feroz Kader ini mengadingkan dua pasangan baru iaitu Syukri Yahya dan Dayana Roza sebagai pelakon utama. Drama Asam Pedas Untuk Dia akan disiarkan mulai 10 Januari 2015, jam 7.00 malam di slot baharu TV3 iaitu slot Dahlia. 

JUDUL : ASAM PEDAS UNTUK DIA 
EPISOD : 24 episod 
TARIKH : 10 Januari 2015 
SIARAN : Slot Dahlia TV3 (7pm-8pm), Sabtu & Ahad 
PENGARAH : Feroz Kader 
PENULIS NOVEL : Nureen Mirza 
TERBITAN : Frontrow Pictures 
PELAKON : Dayana Roza, Shukri Yahaya, Adella Aryana, Juli Farhana Marin, Fazlina Ahmad Daud, Manan Sulaiman 

WATAK DAN PELAKON 

Dayana Roza sebagai Ainin Sofiya 
Shukri Yahaya sebagai Ziyad 
Adella Aryana sebagai Farhana 
Juli Farhana Marin sebagai Syafinaz 

13 comments:

  1. o.. dah lama tak tengok dram kat tv..

    ReplyDelete
  2. taksabaarrrr nak tengok. novel dah baca drama kena tengok jugak. hahah :D

    ReplyDelete
  3. Suka tengok Syukri Yahya berlakon ..Selamba jer .,.Cer tgk tul2 macam Jericho Rosales kan muka dia hehehe

    ReplyDelete
  4. Patut la macam pernah dengar, rupanya ada kat tv yer..

    ReplyDelete
  5. Siapa penyanyi lagu asam pedas untuk dia??

    ReplyDelete
  6. Siapa penyanyi soundtrack asam pedas untuk dia??

    ReplyDelete
  7. Tajuk Lagu OST Asam Pedas Untuk Dia : Dengarlah Rindu - Nurfahan Azizan.

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN