Header Ads

Panduan Menghadiri Temuduga Kerajaan/ Swasta

♥ Assalamualaikum ♥

Panduan Menghadiri Temuduga Kerajaan/ Swasta

Panduan Menghadiri Temuduga. Hari ini cik akak nak kongsikan sikit sebanyak Panduan Menghadiri Temuduga. Memang satu tanda tanya bila kita tak pernah menghadiri temuduga. Tak perlu risau...selepas ini cik akak share satu persatu-satu.

Debaran hati biasalah kalau kali pertama temuduga...cik akak dulu pun macam korang juga..kali pertama cik akak dapat temuduga bahagian pendidikan..Jawatan Tukang Masak...

Jawatan tu cik akak tak dapat...haha..mana nak dapat kan..badan kecil sangat..nak angkat kawah besar pun tak boleh..apatah lagi periuk belanga yang besar-besar saiznya..
Tu pengalaman pertama..

Pengalaman kedua menghadiri temuduga Bomba. Nah nampak sangat menguji cik akak yang bertubuh kecil ini..haha...part temuduga ini memang best..haha....sebab cik akak awal-awal dah kena tendang..sebab berat badan tak mencukupi dan tak memenuhi syarat...Temuduga Bomba ini ada Sesi Ujian Fizikal. Sesi temuduga Jawatan Bomba ada dua part..satu ujian fizikal dan satu lagi temuduga asas.

Panduan Menghadiri Temuduga wajib korang follow satu persatu.

1. Bahagian Dokumen Dan Sijil.
- biasanya bila pertama kali menghadiri temuduga pastinya korang tertanya-tanya..apa yang aku nak bawa temuduga nie..
Meh cik akak cerita...korang kena lah bawa semua sijil akademik, sijil kokurikulum dan sijil berhenti sekolah..Wajib bawa...ORIGINAL DAN SALINAN FOTOSTAT.

PERLUKAH SALINAN FOTOSTAT TI DISAHKAN?
- setiap salinan fotostat wajib disahkan. Jangan bawa salinan yang tidak disahkan. Pastinya korang akan gagal bahagian dokumen.

2. Eh...Nak Guna Baju Apa.
- Bagi Wanita korang diwajibkan pakai baju kurung. Jangan pakai dress atau jubah sebab nampak sangat korang nak bergaya menghadiri temuduga. Wajib guna Baju Kurung. BAJU KEBAYA tidak disarankan.

- Bagi lelaki pula korang pakai je kameja lengan panjang. Lengan pendek tak digalakkan. Ingat kena pakai tali leher..Wajib bagi memikat hati penemuduga anda.

3. SEDIAKAN RESUME ANDA.
- wajib ada. Kalau tak tahu nak buat..korang google je..tak pun datang je blog cik akak...dalam entri yang lepas cik akak ada kongsikan resume ringkas tapi padat untuk korang menghadiri temuduga.

Ketiga-tiga korang perlu follow up okey..haha...

Lain kali cik akak sharekan cara untuk menghadapi penemuduga pula..hihi..

3 comments:

Powered by Blogger.