Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Monday, December 22, 2014

Uniknya Resepi : Rahsia Kesedapan Sambal Belacan Cik Akak

♥ Assalamualaikum ♥


Rahsia Kesedapan Sambal Belacan Air Tangan Cik Akak.

Hahaha..gelak sekejap..kemain lagi tajuk entri cik akak nie kan..kalah menu chef..kikiki..
Rahsia tak de lah unik sangat...cuma cik akak lebih suka guna lesung batu untuk buat sambal belacan.

Sambal belacan memang satu kemestian bagi masyarakat melanau di kampung cik akak. Kalau tak pandai makan tu..memang bukan anak jati melanau lah jawabnya. Sebab keunikannya membuatkan rasanya lebih unik dari makanan yang lain...

Belacan miri dan belacan bintulu memang sedap..tapi dengan syarat tak boleh beli yang sebarangan kat supermarket.. sebab kita tak tahu siapa yang buat...

Kebiasaan ibu cik akak beli dari orang yang dikenali..begitu juga dengan adik cik akak...eh..eh..cik akak tak beli ke..hihi...cik akak beli belacan kedai je..haha..

Buat sambal belacan guna lesung batu memang sedap tau ..itu salah satu rahsianya...

Sambal belacan cik akak simple je...
Guna ikan bilis, gula, cili padi, dan belacan kedai..tapi serius rasanya sedap...

Nak sedapkan sambal...korang letaklah banyak-banyak ikan bilis...belacan letak sikit je...lepas tu tambah gula satu sudu...tumbuk hingga lumat..
Semua bahan pastikan ditumbuk serentak..kikiki..selamat mencuba...
Jangan lupa cili padi ok..pedas lebih sedap tau...

Peringatan..tak perlu campur cuka atau air...biarkan macam tu sahaja..

10 comments:

  1. oo gitu ye..saya biasa buat sambal belacan takde letak ikan bilis..
    cam sambal ketuk pon ada ni cik akak

    ReplyDelete
  2. ibu nani pun suka guna lesung bat. guna blender tak sedap katanyaa :)

    ReplyDelete
  3. zaza bukan je sambal belacan guna lesung batu.. tumbuk bawang pun guna lesung batu hihi.. malas nak guna blander.. lagi power kot guna lesung batu :)

    ReplyDelete
  4. sekali tengok gambar tu cam sambal ketuk pun ada

    ReplyDelete
  5. ah sedapnya!!!
    qila mmg tak ambik sambal dkt cafe sbb takut ekeke.
    Mkn bila dkt rumah je nomnom dapnyaaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. Sambal d tumbuk lesung batu juga yg sdp kan kak

    ReplyDelete
  7. sedapnya.. N memang suka sambal belacan. makan dengan nasi panas mmg layan

    ReplyDelete
  8. tengok gambar tu..alahaii.sambal belacan..

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN