Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Tuesday, December 2, 2014

Milik Kita, Cerekarama TV3 - 29/11/2014

♥ Assalamualaikum ♥

JUDUL : MILIK KITA 
TARIKH : 29 November 2014 (Sabtu, 9.00malam) 
SIARAN : Slot Cerekarama TV3 
PENGARAH : Along Kamaludin 
TERBITAN: Layar Ceritera Sdn Bhd. 
PELAKON : Eira Shazira, Sariyanyi, Nazim Othman, Josiah Hogan, Faralyna Idris 

SINOPSIS MILIK KITA 

Kasih sayang dan cinta adalah suatu perkara yang amat sinonim dalam kehidupan manusia. 

Perasaan ini menjadikan kehidupan indah, bermakna dan memunculkan manusia dengan pelbagai karektor yang sanggup melakukan apa saja demi perasaan ini. 

Kasih sayang dan cinta memberikan kita semangat untuk hidup. Ada ketikanya pula perasaan ini bagaikan virus yang sangat kejam kerana membuatkan seseorang itu mati biarpun nyawa masih bersama jasad. 

Perasaan ini terlalu istimewa, luas dan tiada batasan. Membuatkan kita mahu mengorbankan segala yang ada untuknya. Merentasi sehingga suatu hubungan yang wujud tanpa perlu sebuah pertalian darah. 

Hal ini yang cuba dipaparkan melalui sebuah cereka bertajuk Milik Kita arahan Along Kamaruddin dan diterbitkan Layar Ceritera Sdn Bhd. Milik Kita mengupas tentang betapa sucinya kasih sayang dari aspek persahabatan dan perasaan keibuan yang ada diri seorang wanita. 

Dari aspek persahabatan, Milik Kita memaparkan mengenai ketulusan persahabatan di antara dua insan, iaitu Yuhainis dan Nasuha. 

Kedua-dua wanita ini sanggup berkorban dan berkongsi perasaan suka dan duka serta saling menyokong antara satu sama lain. 

Kasih sayang terhadap seorang sahabat yang menyebabkan sahabatnya sanggup mengorbankan seluruh hidupnya demi menunaikan sebuah janji yang telah dipaterikan bersama. 

Milik Kita juga merungkai keikhlasan kasih sayang antara insan dan membuktikan keagungan kasih sayang antara seorang ibu dan anak. 

Milik Kita mahu membuktikan naluri keibuan itu tetap tulus dan mekar sehingga ke akhir hayat seorang ibu. Biarpun anak itu bukan dari janinnya sendiri. 

Antara pelakon yang menjayakan telefilem ini ialah Eira Syazira, Sariyanti, Nazim Othman, Faralyna Idris dan Josiah Hogan.

Sumber : DramaMelayu


Milik Kita, Cerekarama TV3 - 29/11/2014 by DramaMelayu

1 comment:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN