Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Wednesday, November 5, 2014

Panduan Hadir Temuduga - Pembantu Perawatan Kesihatan U11

♥ Assalamualaikum ♥
Panduan Hadir Temuduga - Pembantu Perawatan Kesihatan U11


Sila pastikan dokumen yang disenaraikan lengkap dan semua disahkan salinan asal bagi salinan fotostat...
Bawa semua sijil akademik dan kokurikulum....
Jangan lupa resume anda..

Soalan tu biasalah....berkaitan dengan info kesihatan, carta organisasi, isu semasa...paling penting..persiapkan sebaik mungkin...InsyaAllah...ada rezeki menanti anda..

Dapatkan panduan lengkap »Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah

1.Anda dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut:
  • Kad Pengenalan;
  • Sijil Kelahiran;
  • Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);
  • Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V);
  • Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
  • Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian;
  • Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan (jika berkenaan);
  • Sijil-sijil lain yang ada kaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
  • Sijil kegiatan luar (Asal Sahaja);
  • Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan); dan
  • Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi, Laporan Pengisytiharan Harta, Surat Pengesahan Ketua Jabatan (bagi calon memohon melalui Internet) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.
2.Anda dikehendaki membawa "resume" bergambar yang ringkas dan padat.
3.Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan.
4.Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.


5 comments:

  1. Nice sharing sis. Benda toklah dicarik mun miak pande kenak panggil interview kelak.

    By Angel Love Soldier

    ReplyDelete
  2. Bolehlah dijadikan panduan untuk mereka yang sedang memburu pekerjaan :)TQ Cik Akak.

    ReplyDelete
  3. terima kasih cik akak sebab share

    ReplyDelete
  4. akak tau tak cmana nak buat resume utk gov ni

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN