Artikel Terkini

Tuesday, October 14, 2014

Novel Akadku Yang Terakhir Karya Acik Lana

♥ Assalamualaikum ♥

Cik akak memang minat novel karya Acik Lana...
Kali ini planning nak beli novel nie.....Dah baca sinopsis..terus cik akak jatuh cinta...hoho..



AKADKU YANG TERAKHIR


AKADKU YANG TERAKHIR

RM37.00
HARGA SEMENANJUNG: RM37, AHLI KN: RM33
HARGA SABAH/SARAWAK: RM40, AHLI KN: RM36


Sinopsis:-

Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….

3 comments:

  1. tajuk dia mcm sedih bunyi tu.
    mmg layan ler cik akak lepas nie duk baca.
    jangan nangis udah ler :p

    ReplyDelete
  2. Dh x smpat nk belek novel.. T__T

    ReplyDelete