Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Saturday, October 11, 2014

Bajet Oh Bajet

♥ Assalamualaikum ♥

keratan akhbar berita harian....
Banyak kerajaan bagi duit BR1M.

Cik akak dapat juga eh....sebenar bukan nie yang cik akak nantikan..hihi...
cik akak mahukan elaun perumahan dinaikkan dengan kadar yang sepatutnya...

8 tahun bergelar penjawat awam...tapi kadar elaun perumahan masih dengan kadar jumlah RM180.00 sebulan....

kalau ikut jumlah tu memang tak mencukupi...sekarang.nie kalau sewa pun plg murah RM400.00 ke atas....

Bajet oh bajet.....memang hampa....


Anda di sini: Laman Utama | Bajet 2015 »

BAJET 2015: Penerima BR1M terima kenaikan, bayaran ansuran tiga kali

email
comments
BAJET 2015: Penerima BR1M terima kenaikan, bayaran ansuran tiga kali
BAJET 2015: Penerima BR1M terima kenaikan, bayaran ansuran tiga kali - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan menerima kenaikan bantuan itu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan daripada RM650 kepada RM950.

Bagaimanapun, bantuan untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah ini akan dibayar secara ansuran sebanyak tiga kali.

Bayaran pertama dan kedua masing-masing bernilai RM300 akan diserahkan pada bulan Januari dan Mei depan.

Seterusnya bayaran terakhir berjumlah RM350 akan dibayar pada September.

Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 sehingga RM4,000 pula, kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750.

Bantuan ini juga akan dibayar sebanyak tiga kali setahun.

Kerajaan juga menumumkan peningkatan nilai BR1M daripada RM300 kepada RM350 kepada individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan

8 comments:

  1. tulah cik akak,,bila minyak naik nie,semua barang akan naik..confirm punya

    ReplyDelete
  2. Semua orang sangat terasa bila harga minyak naik..

    ReplyDelete
  3. Mengharap cik akak masuk dlm parlimen...mungkin barulah nampak orang2 yg kerdil dibawah2 nie...

    ReplyDelete
  4. Kita yang kat bawah ni SABOR JER LAAA..nak buat camno dah itu takdirnyerr

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN