Artikel Terkini

Tuesday, November 14, 2017

5 Sebab Utama ANDA GAGAL Temuduga

♥ Assalamualaikum ♥

5 Sebab Utama ANDA GAGAL Temuduga : Zaman teknologi yang serba canggih. Semua kerja memerlukan pengalaman serta ilmu. Tak kira bekerja di agensi kerajaan mahupun agensi swasta. Bagi mereka yang mendambakan bekerja dengan kerajaan. Haruslah sentiasa bersiap sedia dengan soalan-soalan maut penemuduga.

DAPATKAN SEKARANG >>PAKEJ PANDUAN LENGKAP UNTUK LULUS  TEMUDUGA KERAJAAN  DENGAN MUDAH 

Berapa kali anda hadir temuduga? Kenapa asyik GAGAL? Asyik gagal..asyik gagal!. Kekerapan sesetiap kali temuduga GAGAL membuatkan kita memilih untuk tidak memohon lagi kerjaya tersebut. Pergi menghadiri pun belum tentu dapat. Baik tak payah pergi kalau hasilnya sentiasa sifar.

Itu mungkin salah satu faktor yang membuatkan anda terasa malas atau leka untuk mengecapi kejayaan seperti orang lain. Mungkin juga ia pastinya membuatkan anda lebih selesa bekerja sendiri atau sebaliknya. 

Kegagalan itu sebenarnya berpunca dengan sikap individu itu sendiri. Ala setakat hadir temuduga "aku pun boleh buat". Sikap ambil remeh salah satu punca dan faktor terbesar anda GAGAL temuduga.

Jesteru itu, setiap kali anda menghadiri temuduga, pastikan anda elakkan 5 Sebab Utama GAGAL Temuduga seperti di bawah.

1. Lebih 90% calon tidak membuat sebarang persedian. Ianya adalah disebabkan mereka tidak tahu apakah persediaan yang perlu dilakukan. Malahan, ada juga calon yang hadir ke sesi temuduga hanya secara sambil lewa sahaja!
2. Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan. Masalah ini paling ketara bagi calon yang pertama kali menghadiri sesi temuduga kerajaan. Jadi, pastikan anda mempunyai sedikit pendedahan tentang situasi dan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan oleh pihak penemuduga.
3. Komunikasi yang kurang lancar. Punca utama adalah disebabkan calon terlalu gementar dan terkesima dengan soalan-soalan yang diterima! Mereka tiada idea langsung tentang apa yang hendak dijawab!
4. Penampilan yang tidak tepat. Ramai calon tidak mengenakan pakaian dengan etika pemakaian yang betul sewaktu hadir ke sesi temuduga.
5. Over Confident! Terlalu yakin!. Kesilapan ini sering dilakukan oleh calon-calon yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.
Bagaimana nak mengatasi faktor penyebab kegagalan tersebut?
Setiap kali menghadiri temuduga elakkan dari tercalon dengan 5 Sebab Utama GAGAL Temuduga. Pastikan anda bersedia dengan apa yang bakal berlaku. Anggap penemuduga itu sebagai kawan. Bukan orang yang menilai kita. Bercakaplah dengan intonasi yang yakin walaupun jawapan anda belum tentu betul. Kerana menjadi penjawat awam semestinya mempuyai ketrampilan yang menarik serta sentiasa berilmu. Cik akak tak dapat membantu anda. Cuma cik akak boleh syorkan anda memiliki naskhah>> PAKEJ PANDUAN LENGKAP UNTUK LULUS  TEMUDUGA KERAJAAN  DENGAN MUDAH. Segala informasi yang dikongsikan dalam naskhah tersebut amat membantu anda.

1 comment: