Artikel Terkini

Tuesday, November 14, 2017

13 Kali Cashout Income Nuffnang

♥ Assalamualaikum ♥

13 Kali Cashout Income Nuffnang : Rata-rata blogger yang baru hidup di alam maya memang mendambakan nuffnang untuk menjana pendapatan samping. Namun menjana pendapatan dengan nuffnang tidaklah semudah yang kita sangka. 

Kenapa memilih Nuffnang? Harus diketahui umum kenapa kita blogger baru memilih nuffnang sebagai ruang untuk menjana pendapatan sampingan. 

Pertama kali, syarat kelayakkan hanya mempunyai blog. Tak kira blog personal ataupun blog bisnes. Yang penting ada blog . Blog merupakan media sosial yang menghubungkan kita dengan informasi umum.

Pageview Blog - Lain media pengiklanan, memang memerlukan pageview blog yang cukup mantap. Tetapi berbeza pula dengan nuffnang. Tak kira berapa pageview harian anda, namun anda masih layak memohon. 

Mudah kan syarat nuffnang. Tetapi nak menjana pendapatan ratus-ratus pun belum pasti. Sebab kita dibayar dengan nilai yg rendah. Bergantung kepada pihak pengiklan. 

Cik akak cukup beruntung kerana boleh 13 Kali Cashout Income Nuffnang. Namun ada sesetengah blogger masih belum mendapat pendapatan melalui nuffnang. Seperti cik akak cakap di mukadimah entri. Memohon nuffnang amat mudah. Tetapi menjana pendapatan itu yang perlu kesabaran yang tinggi. 

Bayangkan kalau kita bergantung kepada perclik harian. Memang hasilnya amat rendah. Jika kita dibayar melalui cpuv atau BE Nuffnang. Kemungkinan kita dibayar dengan nilai yang tinggi. 

Satu cpuv anda kemungkinan boleh dapat RM50 atau lebih. Cik akak pernah sekali dibayar RM60 ++ untuk nilai satu cpuv nuffnang.

Cara menjana pendapatan dengan nuffnang. Anda memilih dan anda yang inginkan. Jadi kena rajin update entri dan rajin untuk meraih traffik dengan blogwalking. Tak rajin maka tak ada hasil.



5 comments: