Artikel Terkini

Monday, October 23, 2017

Telemovie Cinta Bersegi Segi Di Skrin TV9

♥ Assalamualaikum ♥
Telemovie Cinta Bersegi Segi Di Skrin TV9 : Telemovie mengisahkan Zarina yang ingin memikat Zin. Zin merupakan bos tempat Zarina bekerja. Telemov7e ini menggandingkan beberapa pelakon iaitu Nazarul Mubin, Mawar Rashid, Raja Azura, Eizlan Yusuf, Zahr Deck dan Feiyna Taj. 

Tajuk Telemovie : Telemovie Cinta Bersegi Segi
Tarikh Bersiaran : 23 Oktober 2017
Masa Siaran : 8.30 malam - 10.30 malam

Sinopsis Telemovie Cinta Bersegi Segi : mengisahkan Zin, Ruby dan Ana, dahulunya adalah teman rapat semasa zaman persekolahan. Tamat persekolahan, mereka bertembung semula di sebuah pusat karaoke apabila masing-masing sudah berpuluh tahun tidak bertemu.

Zin kini menduda setelah kematian isteri. Ruby juga keseorangan setelah bercerai dengan suaminya, manakala Ana pula masih keseorangan tanpa teman. Ruby dan Ana berpakat mengenalkan Zarina, anak rakan mereka kepada Zin yang bersungguh-sungguh mahu mencari pengganti.

Ruby dan Ana berpakat memperkenalkan Zarina, anak rakan mereka kepada Zin. Lain pula yang dikenenkan, lain pula yang terjadi. 

Dalam proses untuk mengenal hati budi masing-masing, segalanya berjalan lancar sehinggalah pada suatu hari Zin berterus-terang. Dia tidak mampu membohongi dirinya sendiri apabila dia jatuh hati pada ibu Zarina, iaitu Fetty sungguhpun Fetty jauh lebih tua darinya.

Fetty pula tidak tahu yang Zin sukakannya. Dia melayan Zin macam melayan ‘bakal menantu’. Apakah yang akan terjadi seterusnya?

Adakah ibu Zarina mempunyai perasaan yahg sama pada Zin. Adakah perbezaan umur memisahkan mereka. Atau mungkin ada perbezaan lain. 

Di satu sudut pula, pelbagai cara dan taktik digunakan oleh Zarina untuk memikat Zin. Namun sedikitpun Zin tak pernah jatuh cinta.

Apakah kesudahan kisah cinta bersegi segi ini. Siapakah pilihan Zin? Berjayakah Zarina memikat Zin. Nantikan kesudahan yang menarik dalam Telemovie Cinta Bersegi Segi di Skrin 9 malam ini.

1 comment: