Artikel Terkini

Wednesday, October 18, 2017

Mr. Hijab Gandingan Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda / Sinopsis

♥ Assalamualaikum ♥
Mr. Hijab Gandingan Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda / Sinopsis : Drama ini baru sahaja ditayang di kaca tv tadi. Drama yang mengandingkan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Nabila Huda sebagai watak utama dalam drama tersebut. 

Tajuk Drama : MR. HIJAB
Jumlah Episod Penuh : 20 episod
Tarikh Mula Bersiaran :  17 Oktober 2017
Isnin-Khamis, 6.30 petang
Slot Iris TV3
PENGARAH : Zafizam Zahir
TERBITAN : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
PELAKON : Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad, Wan Sharmila, Shiqin Kamal, Fadilah Mansor, Didie Alias, Hafiz Hamidun, Nadiyah Shahab

Sinopsis Mr. Hijab, mengisahkan seorang jejaka tampan yang bernama Rem. Rem amat arif dalam penggayaan hijab yang menarik minat para pelanggan di butik Fariza. 

Fariza merupakan model terkenal mengambil keputusan berhenti menjadi model setelah berkahwinan dengan Syamiel. Beliau kemudiannya membuka butik muslimah.

Ketampanan Rem, membuatkan butik Fariza menjadi pilihan pengunjung. Malahan populariti yang Fazira miliki, ramai yang menawarkan diri untuk menjadi vendor. 

Penjual pakaian muslimah atas talian yang terkenal, Bienda berminat untuk menyertai butik Fazira dan Fazira teruja kerana sudah tentu dapat membantu menaikkan lagi imej butiknya.

Datin Lela juga tidak terkecuali menawarkan diri, walaupun sudah mempunyai beberapa buah butik. Beliau menyertai butik Fariza kerana merasakan butik tersebut berpotensi untuk dia mengembangkan lagi bisnesnya.

Datin Lela dan Bienda memang tidak sefahaman sejak awal lagi. Kerapkali mereka berbalah mengenai isu dan perkara yang remeh-temeh.



Selain itu juga, butik Fariza juga turut menjadi tapak buat pelakon terkena iaitu Luna, yang baru menjinakkan diri dalam bisnes penjualan tudung. Motif utama beliau adalah untuk menaikkan kembali reputasinya setelah dihimpit kontrolversi.

Sementara itu, Rem yang ingin membantu ibunya mencadangkan kepada ibunya untuk mencuba nasib sebagai vendor di butik Fazira. Namun hasil tangan ibunya bukan pilihan Fariza. 

Maka di situlah permulaan langkah Rem dan ibunya. Pelbagai cara dan strategi disusun untuk mendapat perhatian Fariza dan akhir nya usaha mereka berhasil.

Apakah yang akan berlaku kepada Butik Fariza. Majukah atau sebaliknya. Mr. hijab akan menghimpunkan kisah kehidupan mereka. Selamat menonton.

3 comments: