Jawatan Kosong, Panduan Temuduga, Panduan Bisnes Online, Tips & Petua, Infomasi, Lifestyle, Drama Online,Novel, Isu Semasa, Isu Panas, Colabration & Review

Artikel Terkini

Thursday, September 14, 2017

TITIAN CINTA EPISOD 1 / EPISOD 2 / EPISOD 3 (FULL EPISOD)

♥ Assalamualaikum ♥

TITIAN CINTA EPISOD 1 / EPISOD 2 / EPISOD 3 (FULL EPISOD) : Drama adaptasi novel terbaru yang bakal menggantikan drama Meh Sandar Lagi yang tamat pada minggu lepas. (Minggu Akhir). Adaptasi novel karya penulis Ridhya Iman ini bakal mengandingkan 3 tunggak utama iaitu pelakon Zul Ariffin, Farah Nabbilah dan Daler Yusop. Drama adaptasi Titian Cinta ini bakal menghiasi Slot Akasia mulai 12 September 2017. Jangan lupa saksikan kisah cinta, dendam dan konflik dalam Drama TITIAN CINTA EPISOD 1 / EPISOD 2 / EPISOD 3.
Image may contain: 3 people, people smiling, text
Tajuk Drama Adaptasi : Titian Cinta
Karya : Ridhya Iman
Grene : Drama Cinta, Konflik & Dendam
Pelakon :  Zul Ariffin, Farah Nabbilah & Daler Yusop
Bilangan Episod : 28 Episod 

Drama TITIAN CINTA EPISOD 1 / EPISOD 2 / EPISOD 3 (TONTON ONLINE)

Titian Cinta Episod 1


Titian Cinta Episod 2

Titian Cinta
GenreDrama
Cinta
Konflik
Dendam
Ditulis olehRidhya Iman
PengarahHeykal Hanifah
DibintangiFarah Nabilah
Zul Ariffin
Daler Yusuf
Tisha Shamsir
Dian P.Ramlee
Marisa Yasmin
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod28 Episod
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 6.58 Petang.
Syarikat penerbitan(Zamriez Golden Pictures Sdn.Bhd.)
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Siaran asal12 September 2017
Kronologi
MengikutiMeh Sandar Lagi


 
Sinopsis Novel Titian Cinta  : 
 
Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.
“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris
“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy
“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris
Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.
“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that's the last thing I will do.” – ‘Aisy
Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.
Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.
Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah Titian Cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!