Artikel Terkini

Monday, September 11, 2017

Duda Pujaan Dara Episod 5 / Episod 6 / Episod 7 / Episod 8

♥ Assalamualaikum ♥
Duda Pujaan Dara Episod 5 / Episod 6 / Episod 7 / Episod 8 : Minggu kedua drama adaptasi novel Duda Pujaan Dara ini bersiaranNampak gayanya cik akak dah jatuh cinta dengan plot adaptasi novel yang disampaikan. Rata-rata natizen media sosial tak melepaskan peluang mengintai-intai drama adaptasi Novel Duda Pujaan Dara.
JUDUL DRAMA ADAPTASI NOVEL : DUDA PUJAAN DARA 
Jumlah Episod Penuh : 12 episod
Tarikh Bersiaran : 4 September 2017
Tarikh Tamat Siaran : 21 September 2017
Hari dan Masa Bersiaran : Isnin-Khamis, 10.00 malam
Siaran Ditayangkan : Astro Ria 104 & HD 123
Penulis Novel : Hanny Esandra

Drama adaptasi novel Duda Pujaan Dara ini diterajui oleh gandingan Kamal Adli, Zahirah Macwilson dan adik Rania Humairah. Drama ini bakal bersiaran di astro ria dan astro ria HD setiap isnin hingga khamis jam 10.00 malam. Drama adaptasi ini bakal ditayangkan sebanyak 12 episod penuh. Wah nampak gayanya. Tinggal berapa minggu sahaja lagi. 

Korang dah follow tak drama adaptasi ini. Kalau belum jom layan pautan video youtube di bawah. Tonton Full Episod Duda Pujaan Dara Episod 5 / Episod 6 / Episod 7 / Episod 8 .
Promo Duda Pujaan Dara Episod 5

Tonton Duda Pujaan Dara Episod 5


Berjayakah Misi Dara Memikat Duda Pujaan. Kegigihan Ainee memikat duda memang nampak gedik. Berjayakah misi dara memikat duda pujaan. Dahlah duda pujaan muka kelat. Pelbagai teknik memikat pun tak menjadi. Mungkinkah Ainee perlukan»» Teknik Memikat Lelaki Pujaan .

Sinopsis Duda Pujaan DaraSi dara yang bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah.

Lalu, Ainee Marwah bertemu dengan Tengku Razeen. Si duda yang mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.

Sikap Ainee Marwah yang gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara untuk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.

Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yang buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dengan Dora yang Ainee Marwah gelar… Doraemon!

“Botol kicap, botol cuka. Saya ni bermimpi ke?”- Ainee Marwah
“Kain sutera, kain guni. Saya tanya betul-betul ni.”- Tengku Razeen

Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah bila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dengan Dora, tapi dia yang dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dengan lelaki bergelar duda.

Ikan kembung, ikan yu. I love you… - Ainee Marwah
Pengkalan Batu, Pengkalan Chepa. I love you tu apa?- Tengku Razeen

Sakitnya hati bila suami tidak romantik. Tapi, Ainee Marwah tidak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk beli hati Tengku Razee.

Bagaimana percaturan kisah cinta mereka. Yang pada mula cinta pun tidak. Apatah lagi menyayangi. Namun kisah cinta Ainee Marwah ini lebih kepada kesetiaan untuk memikat duda pujaan. Memiliki duda pujaan, hinggakan sanggup buat apa yang diinginkan.


No comments:

Post a Comment