Header Ads

Cara Daftar Tabung Haji Di Bank Rakyat

♥ Assalamualaikum ♥
Cara Daftar Tabung Haji Di Bank Rakyat : Sebelum ini cik akak memang dah siap daftar tabung haji melalui akaun bank rakyat. Namun sejak tukar kad bank rakyat kepada debit kad. Cik akak mengalami masalah untuk menyemak baki secara online.


Cara Daftar Tabung Haji Di Bank Rakyat boleh dilakukan dengan 2 cara. Pertama boleh menggunakan mesin atm di cawangan bank rakyat berdekatan. Cara kedua boleh dilalukan secara online dengan menggunakan sistem online banking bank rakyat. Amat mudah kan, tanpa anda perlu pergi menunggu di kuanter pendaftaran. 

Untuk kes pendaftaran akaun tabung haji cik akak lebih selesa menggunakan sistem banking online sahaja. Sebab ianya amat mudah tanpa kita perlu mencari mesin atm untuk proses tersebut.

Cara Daftar Tabung Haji Di Bank Rakyat 

  • Pertama kali anda harus ada akaun banking online bank rakyat. Bila dah ada pastikan anda login akaun tersebut. Rujuk gambar di bawah.


  • Untuk langkah kedua, klik bahagian menu tab yang ada tertulis Tabung Haji. Rujuk gambar di atas. 
  • Langkah ketiga, klik bahagian "Account Linkage". Lepas tu ikut arahan seterusnya. Bila dah klik anda masukkan no akaun tabung haji anda dan masukkan no passbook tabung haji. Password ini boleh diambil pada helaian pertama buku tabung haji anda. Dalam buku tersebut dinyatakan No. Siri Buku. No tersebut ada 10 digit berserta icon sengkang.
Rujuk contoh di bawah

  • TH Account Number : sila masukkan no akaun Tabung Haji anda
  • TH Passbook Number : Sila masukkan no siri buku tabung haji anda. Harus diingat masukkan sekali icon - (sengkang) tersebut. Sebab icon tu juga terdiri daripada no.siri buku anda. Contohnya : 12-3456789
  • Dah selesai masukkan no akaun TH dan Passbook TH klik tac nombor dan tunggu mesej dari bank rakyat. No yang terdapat dalam mesej tu pastikan korang masukkan dalam petak kosong yang disediakan.
  • Selesai langkah tersebut. Klik submit dan pastikan pendaftaran online anda berjaya 100%.
Mudan dah jimatkan masa untuk kita daftar akaun tabung haji. 

Bagi yang tidak mendaftar internet banking. Silalah ke cawangan bank rakyat berhampiran. Cara mudah je hanya guna mesim atm. 

Selamat mencuba.



1 comment:

Powered by Blogger.