Artikel Terkini

Wednesday, September 13, 2017

Berjaya Dapatkan SEO Skor 100% Di chkme.com

♥ Assalamualaikum ♥

Berjaya Dapatkan SEO Skor 100% Di chkme.com : Kata orang nak berjaya perlu ada keyakinan diri. Begitu juga dengan bab-bab yang melibatkan blog. Blogger haruslah sentiasa belajar dari semasa ke semasa. Terbaru cik akak dah dapat selesaikan misi Dapatkan SEO Skor 100% Di chkme.com.


Akhirnya cik akak berjaya buat sendiri. Dengan tutorial yang sedia ada di laman google memang banyak membantu cik akak. Pertama kali, cik akak usahakan dapatkan header yang cantik. Ubah kod html di template blog. Pelahan-lahan cik akak buat. Sampaikan sehari suntuk. Akhirnya berjaya dapatkan header yang cukup cantik dan kemas bagi cik akak.

Kalau nak ikutkan hati, memang tak payah nak atur bagai. Sebab bab koding html ini memang memeningkan. Lebih-lebih lagi kita yang tak pengalaman atau ilmu yang berkaitan dengan kod html.

Berjaya Dapatkan SEO Skor 100% Di chkme.com dengan usaha sendiri memang satu kepuasan yang tak ternilai bagi cik akak. Bukan tak ada yang membantu. Tapi bila usaha sendiri berhasil mendapatkan apa yang dimimpikan.

Kalau ada yang nak cik akak bantu dapatkan seo skor 100% di chkme.com boleh je pm cik akak. Cik akak bantu setakat termampu je. Lepas ni nak usaha dapatkan domain.com pula.

Nak berjaya perlu laburkan duit, usaha dan tenaga. Tu kata blogger cik akak. haha

Untuk pengetahuan korang, bila kita tukar baju baru blog. Secara automatik SEO Skor kembali mengecut.Jom Dapatkan SEO Skor 100% Di chkme.com.



4 comments: