Artikel Terkini

Sunday, September 3, 2017

Baca Novel Duda Pujaan Dara Bab 1- Bab 13 / Drama Adaptasi Novel Akan Datang

♥ Assalamualaikum ♥

Baca Novel Duda Pujaan Dara Bab 1- Bab 13 / Drama Adaptasi Novel Akan Datang : Tajuk novel dah gempak. Layan sinopsis makin menarik je. Novel mengisahkan si dara yang tergila-gila si duda. Wow menarik. Adaptasi ini bakal ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria HD. Drama adaptasi Novel Duda Pujaan Dara ini bakal menampilkan gandingan mantap Kamal Adli dan Zahirah Macwilson. 


Baca Novel Online : Novel Duda Pujaan Dara Bab 1/ Bab 2/ Bab 3/ Bab 4/ Bab 5/ Bab 6/ Bab 7/ Bab 8/ Bab 9/ Bab 10/ Bab 11/ Bab 12/ Bab 13 (Baca Online)


Sinopsis Novel Duda Pujaan Dara : Si dara yang bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah.
Lalu, Ainee Marwah bertemu dengan Tengku Razeen. Si duda yang mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.
Sikap Ainee Marwah yang gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara untuk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.
Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yang buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dengan Dora yang Ainee Marwah gelar… Doraemon!
“Botol kicap, botol cuka. Saya ni bermimpi ke?”- Ainee Marwah
“Kain sutera, kain guni. Saya tanya betul-betul ni.– Tengku Razeen
Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah bila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dengan Dora, tapi dia yang dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dengan lelaki bergelar duda.
Ikan kembung, ikan yu. I love you… – Ainee Marwah
Pengkalan Batu, Pengkalan Chepa. I love you tu apa?- Tengku Razeen
Sakitnya hati bila suami tidak romantik. Tapi, Ainee Marwah tidak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk beli hati Tengku Razeen.

No comments:

Post a Comment