Jawatan Kosong, Panduan Temuduga, Panduan Bisnes Online, Tips & Petua, Infomasi, Lifestyle, Drama Online,Novel, Isu Semasa, Isu Panas, Colabration & Review

Artikel Terkini

Saturday, August 12, 2017

Sinopsis OPS Cinta Din Sardin Gandingan Izue Islam Dan Mira Filzah

♥ Assalamualaikum ♥

Sinopsis OPS Cinta Din Sardin Gandingan Izue Islam Dan Mira Filzah : Kalau dulu kita dikejutkan dengan gandingan Izue Islam dan Mira Filzah melalui Telemovie Din Sardin. Kali ini pengarah telemovie tersebut telah menggandingkan sekali lagi terajui bersama pelakon tersebut dalam drama bersiri OPS Cinta Din Sardin. Drama ini adalah kesinambungan kisah yang dimuat dalam telemovie tersebut. Plot Drama OPS Cinta Din Sardin ini lebih fokus kepada mencari cinta. Dan ia juga diselitkan berapa elemen komedi untuk santapan penonton.


Drama OPS Cinta Din Sardin
Mulai 11 Ogos 2017
Bersiaran pada Selasa hingga Ahad 
Masa : 8.30 malam di TV9

Disaman Cinta pulak! Berhenti Pemeriksaan JPJ.

Pelakon Utama Drama OPS Cinta Din Sardin ialah Izzue Islam dan Mira Filzah. Di samping itu juga, Drama OPS Cinta Din Sardin juga turut dilakonkan oleh Sasqia Dahuri, Syazwan Hassan, Taufiq Hanafi, Bell Ngasri, Nina Baharom, Annie Ariffin, Azhan Rani, Delimawati, Kazar, Iswan Islamil, Afzan Rahman dan ramai lagi.
Sinopsis OPS Cinta DIN Sardin : mengisahkan seorang pemuda bernama Din yang sudah bosan bekerja di kilang memproses ikan sardin. Kerana jemu dia nekad untuk berhenti kerja. Baginya, dia perlu mengubah nasib diri jika mahu berjaya dan dalam masa yang sama bercita-cita mahu mencari calon isteri yang mampu membawanya berjaya dalam hidup.

Dalam perjalanan mengejar cita-cita, dia berhadapan dengan seribu satu dugaan. Walaupun berpaksikan komedi, kisah yang dipaparkan turut sama mengundang emosi dalam beberapa babak yang sengaja dibangunkan bagi menjentik jiwa penonton.

Namun nasibnya berubah apabila dia diterima masuk sebagai salah seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas itu. Hidup Din mula berubah dan semangatnya kembali mekar untuk mendapatkan cinta Che Ta.

Dalam setiap episod drama ini bakal diselitkan dengan elemen komedi dan kisah cinta. Berjayakan din sardin mencari cinta. Berjayakah misi merebut cinta Che Ta yang digilainya sejak dulu lagi. Adakah peluang untuk dia berdampingan dengan Che Ta. Jangan lupa saksikan kesudahan cinta Din Sardin dalam Drama OPS Cinta Din Sardin.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!