Artikel Terkini

Monday, August 14, 2017

Sinopsis Duda Pujaan Dara Karya Hanny Esandra

♥ Assalamualaikum ♥
Sinopsis Duda Pujaan Dara Karya Hanny Esandra : Serius cik akak kata, cik akak suka dengan plot novel Duda Pujaan Dara ini. Kisah yang menarik, di mana si dara inginkan si duda. Duda bukan suami orang..haha..Apa yang cik akak paling suka. Teknik memikat si dara yang tak masuk akal. Sanggup buat apa untuk menawan hati si duda. Gila angau si dara pada si duda. Cik akak dah terbaca Novel Duda Pujaan Dara Online, memang wajib korang miliki. Cik akak pun tak sabar nak mencari naskhah novel tersebut. Jom layan Sinopsis Duda Pujaan Dara Karya Hanny Esandra.

>Dapatkan Novel Duda Pujaan Dara di pautan >>SINI
Untuk makluman peminat novel. Novel ini bakal diadaptasi drama yang bakal ditayang di astro pada september 2017 akan datang. Cik akak rasalah drama ini bakal menggantikan drama MY DARLING INSPEKTOR DANIEL.

Sinopsis Novel Duda Pujaan Dara Si dara yang bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah.
Lalu, Ainee Marwah bertemu dengan Tengku Razeen. Si duda yang mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.
Sikap Ainee Marwah yang gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara untuk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.
Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yang buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dengan Dora yang Ainee Marwah gelar… Doraemon!
“Botol kicap, botol cuka. Saya ni bermimpi ke?”- Ainee Marwah
“Kain sutera, kain guni. Saya tanya betul-betul ni.– Tengku Razeen
Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah bila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dengan Dora, tapi dia yang dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dengan lelaki bergelar duda.
Ikan kembung, ikan yu. I love you… – Ainee Marwah
Pengkalan Batu, Pengkalan Chepa. I love you tu apa?- Tengku Razeen
Sakitnya hati bila suami tidak romantik. Tapi, Ainee Marwah tidak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk beli hati Tengku Razeen.

No comments:

Post a Comment