Artikel Terkini

Tuesday, August 8, 2017

Sample Percuma Kotex Natural Care

♥ Assalamualaikum ♥
Sample Percuma Kotex Natural Care : Kalau korang rajin boleh lah merebut peluang dapatkan sample percuma dari kotex Malaysia. Cik akak atas dasar terlampau rajin, tergoogle pula mencari item-item sample percuma. Benda percuma siapa tak nak kan. Lebih2 lagi boleh guna pakai sebelum membeli kuantiti yang banyak. 

Dengan ada sample begini, bolehlah cik akak kurangkan pembaziran. Mana lah tau terbeli banyak tapi tak terpakai. Dengan erti kata lain tak boleh guna pakai jenama tersebut.

Sebelum ini cik akak memang ada alahan pada produk jenama kotex. Tapi nak juga cuba keluaran terbaru kotex ni. 

Apa yang menariknya kotex natural care ini ialah dapat mengatasi bau tidak diingini dengan kuasa ekstrak semula jadi. 

Selain itu, ia juga mengandungi ramuan semula jadi yang berasal daripada minyak pati tumbuhan. 

Lagi menariknya kotex natural care ini, melindungi daripada kebocoran dan bau yang tidak menyenangkan.

Ciri-ciri pad juga direka khas untuk memberi perlindungan lengkap daripada aliran tak diduga.

  1. Menyerap aliran banyak.
  2. Mempunyai lebih daripada 3000 lubang mikro untuk penyerapan lebih cepat.
  3. Alur dalam untuk perlindungan kebocoran sekeliling.

Kotex natural care ini ada dua jenis.
  1. Odor-care dengan daun sirih
  2. Odor-care dengan lavender

Ada dua saiz berbeza

  1. Overnight Extra Long (wing 32cm) - kegunaan ialah untuk perlindungan sepanjang malam dan aliran yang banyak.
  2. Maxi (Wing 24cm & non wing 24cm) - kegunaan ialah untuk perlindungan biasa.
Menarik kan kotex natural care ini. Boleh dapatkan sample di laman kotex malaysia. 

3 comments: