Artikel Terkini

Tuesday, August 8, 2017

Pembayaran BR1M 2017 Peringkat Ketiga Dibayar 15 OGOS 2017 Akan Datang

♥ Assalamualaikum ♥

Pembayaran BR1M 2017 Peringkat Ketiga  Dibayar 15 OGOS 2017 Akan Datang : Mesti ada tertanya-tanya pasal jadual pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia. Menurut sumber, peringkat ketiga akan dibayar pada bulan 15 OGOS 2017 akan datang. Bayaran diawalkan dari tarikh asal sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Jangan lupa semak akaun anda pada tarikh tersebut.


Jadual Agihan BR1M 2017

Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3000 Ke Bawah 
  • Kelayakan : RM1200
  • Agihan Pertama : RM400 (telah dibayar pada 18 Feb 2017 (baucer) & 22 Feb 2017 (dikreditkan ke dalam akaun individu)
  • Agihan Kedua : RM400 (dibayar pada 15 Jun 2017 & 17 Jun 2017 bagi kategori rayuan)
  • Agihan Ketiga : RM400 (dibayar pada 15 Ogos 2017 akan datang)

Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3001 - RM4000
  • Kelayakan : RM900
  • Agihan Pertama : RM300 (telah dibayar pada 18 Feb 2017 (baucer) & 22 Feb 2017 (dikreditkan ke dalam akaun individu)
  • Agihan Kedua : RM300 (dibayar pada 15 Jun 2017 & 17 Jun 2017 bagi kategori rayuan)
  • Agihan Ketiga : RM300 (dibayar pada 15 Ogos 2017 akan datang)

Individu Berpendapatan Bulanan RM2000 Ke Bawah
  • Kelayakan : RM450
  • Agihan Pertama : RM450 (telah dibayar pada 18 Feb 2017 (baucer) & 22 Feb 2017 (dikreditkan ke dalam akaun individu).
  • Dibayar sekali sahaja.

Bagi isirumah yang berkelayakan mendapat bantuan tersebut. Jangan lupa semak akaun anda mulai 15 Ogos 2017 akan datang. Proses pembayaran kemungkinan dibayar secara berperingkat. Diharap bersabar..



5 comments:

  1. Semoga memberi manfaat buat semua yang mendapat BRIM

    ReplyDelete
  2. Wahhhh rezeki mereka yang layak... Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. wow tak lama dah tu. Tak sabarnya nak tunggu :D

    ReplyDelete